Sunday, 6 November 2016

Awak, lama betul saya tinggalkan awak

Dear Blog...

Saya tengok kat sini, last skali post ada pada 2012... kemudian.. senyap dan tiada lagi post. Sibuk kot saya sepanjang 4 tahun ni...

Anyway awak, fast update untuk awak... sepanjang 4 tahun kita berpisah ni..
2012 ayah accident kan... saya rupa-rupanya sedang pregnant firas aryan, anak no 2 saya tu... 2013 Jun 20, Aryan keluar ke dunia... 3 tahun lebih dah umurnya...
Ayah pulak, 3 November 2013 pergi meninggalkan kami... Pengajian saya pulak.. Alhamdulillah... berjaya dikonvokan.. walaupun tak pergi istiadat konvo.. Malaslah saya... jauh kot.. UTM Skudai tu.. Sebenarnya saya memang tak suka adat istiadat macam tu...
Sekarang Aryan dah 3 tahun umurnya.. Firas Azhad dah 6 tahun.. Saya dah mulakan kehidupan saya sebagai pelajar.. sekali lagi.. kali ni Masters Of IT... Kebetulan hari dapat tawaran sambung pengajian tu saya buat urin test sebab period lewat sebulan. Alhamdulillah.. betul-betul pregnant..
Tapi Allah lebih menyayanginya... 4 bulan bawa dia di dalam perut, dia perlu dikeluarkan kerana tidak sihat dan membahayakan ibu..

So, enough recap for 4 years.. perinciannya nanti bila ada masa kita jumpa lagi yer..

ps: saya hairan tengok warda dan ejaz dalam Suri Hati Mr. Pilot. 4 tahun berpisah tp mcm xder progress apa-apa pun.. saya ni... macam2 boleh update... hahahahah..

Kehidupan ada drama kan.. tapi drama kehidupan..

Thursday, 27 September 2012

Dugaan lagi... Semoga ayah cepat sedar dan sembuh..

Assalamualaikum... mcm biasa... bila tak tau nk bercerita pada siapa... blog ni jadi tempat utk bercerita.. 'tempat berceritaku' ada urusan yg lebih penting dari urusan aku.. well, dia pun ada life.. ada tanggungjawab.. dan aku yg biasanya independant sebelum Allah berikan aku kepadanya... takkan tak boleh nk independant balik time time dia tak de ni....

"Ketika Allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman, “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.."

Betullah... tatkala aku terlalu sibuk dengan urusan dunia.. terlalu sibuk dengan kehidupan yg sementara ini sehinggakan ingatanku kepada Maha Pencipta hanya lima kali sehari.. hanya yang fardu sahaja.. tiada lagi ayat-ayat suci Al-Quran menjadi alunan di bibir tatkala lepas solat.. tiada lagi alunan zikir yg menjadi nyanyian di bibirku... aku seperti jauh dari Kekasihku... Sikap aku yg positif.. yg sentiasa senyum bila dugaan yang biasanya aku anggap sebagai cabaran membuatkan aku mudah menghadapinya.... dan ini membuatkan aku tidak merasakan diriku dekat dengan Allah... Mungkin benar Allah merinduiku.. merindui tangisku.. merindui tahajjud dan hajatku... merindui rintihanku..

Tapi kali ini.. dugaan ini bukan lagi cabaran bagiku.. dugaan ini adalah dugaan hebat untukku dan keluargaku.. Melihatkan ayah yang biasanya kelihatan gagah dan garang terkulai layu di atas katil hospital... betul-betul meruntun hatiku.. aku bukan seoang anak yang manja dengan ayah.. aku juga tidak terlalu rapat dengan ayah.. kerana aku dibesarkan oleh opahku.. tapi pertalian itu tetap utuh dunia dan akhirat... dan melihatkan keadaannya... aku rasa macam nk menjerit.. menangis.. dan ingin mengejutkan dia dari tidurnya yang tidak tahu bila akan sedar...

Terlalu banyak yang aku nk katakan padanya... terlalu byk dosaku padanya... aku lah anak yang selalu bertekak dengannya.. terlalu byk ketidaksefahaman kami... terlalu banyak perkara yang aku tidak bersetuju dengannya.. dan selalunya akan berakhir tanpa ada sebarang kata-kata maaf... aku ni anak derhaka ker??

Aku anak sulung.. dan tanggungjawabku terhadap keluargaku menjadi lebih apabila kondisi ayah begitu... aku menjadi sumber rujukan emak dan adik-adikku... jadi aku perlu kuatkan semangat.. tidak menunjukkan kesedihan hati.. supaya keluargaku juga kuat... (dan ketika aku menulis... insan yang menjadi tempat aku bergantung.. dan menjadi tempat aku "menjadi diri aku yg sebenar" tiada di sisi... di saat aku amat memerlukannya.. dan aku cuba utk faham bahawa keluarga dia memerlukannya juga.. tp dia tak boleh ke faham yang 'amanah Allah' dia ni memerlukan dia saat-saat begini?)

Air mataku hanya boleh mengalir apabila aku di pejabat. Bersendirian di bilik pejabatku... membuatkan aku banyak berfikir dan mengenangkan ayah... mujur aku ada bilik utk diriku sendiri.. apa yang aku buat kat dalam ni tak der yang nampak.. mujur juga bilikku ini jauh dari staf yang lain... esak tangisku tidak dapat mereka dengari... 

Bagi aku.. kuat atau pura-pura kuat... aku dah tak dpt nk bezakan.. doaku setiap saat supaya Allah beri kekuatan kepada ayahku dan beri kesembuhan kepadanya... supaya dia boleh bersama kami semula... 

Benarlah.. Allah rindukan aku untuk kembali merayu dan merintih padaNya... tatkala aku hampir lupa pada Allah... dia tak lupa utk berikah aku jalan utk kembali dekat padaNya.. dan tatkala tiada siapa dapat menjadi pendengar segala rintihan dan tangisanku.. Hanya Allah tempatku mengadu.. dan hanya Allah tempatku merayu... 



Thursday, 12 July 2012

Kerja Kerja Kerjaaa...


ada yang bekerja jenisnya suka amik mudah..
ada yang bekerja style nyer semua mende dia anggap susah...
ada yang bekerja, kerja nya tak sudah sudah
ada pula yang asyik nak buat helah...

kerja ini bukan hakikat, yang hakikat adalah akhirat..
Syaaban dah penghujung, Ramadhan dah mendekat...
jangan asyik kerja sampai lupa nak solat...
jangan asyik kerja sampai lupa nk bayar zakat....

Kerja ini bukan lah susah..
tapi bukan jugak mudah...
Bersyukurlah pada Allah...
Kerana kerja ini juga nikmat, utk kita perolehi daripadaNya rahmah dan barakah...