Friday 29 April 2011

Bayangan First love?

terpanggil untuk buat topik ni... sebab ada seorang sahabat baru-baru ini meluahkan rasa hatinya yg terpendam gara-gara termimpikan kekasih lamanya yg merupakan first lovenyer...
hhmm.. kaum wanita ni pada dasarnya mmg kalo dah chenta, kekasih tu buat macamana pun tak pe.. kena penampor, kena hempuk dgn helmet, even kena maki hamun.. mmg org wanita ni tak kisah... sbb dah sayang kan... itulah antara kandungan luahan perasaan yang diceritakan oleh sahabat saya tu.. dia teringat-ingatkan kekasih lamanya, kerana pada suatu ketika setelah mereka bukan lagi pasangan kekasih, si lelaki itu ada menghubunginya, meminta maaf, menyesal atas perbuatannya, dan merayu utk sahabat saya tu pulang ke pangkuannya..

Saturday 23 April 2011

Berhati-hati untuk penjawat awam

Berita penjawat awam ramai yg muflis bukanlah satu perkara yg luarbiasa.. sudah tercanang dlm media massa perihal kemuflisan mereka, especially golongan muda...
ape penyebab berlakunya perkara ini??byknya sbb hutang kredit kad, loan peribadi, dan sebagainya.. saya sendiri pernah melihat payslip seorang kakitangan kerajaan yang baki gaji bawa balik hanyalah RM50. Yang lain adalah potongan hutang yg dibuat. hutang bank lah, hutang koperasi lah... macam2 lagi... sebenarnya perkara ini kritikal.. bukan perkara remeh dah...

Monday 18 April 2011

Mencari tenang di hati...

aku bukan mencari Yusuf,
aku bukan mencari Muhammad,
aku cuma mahukan dia
yang hanya manusia biasa
yang tiada sempurna padanya

aku bukan mahukan emas permata
aku bukan nafsukan pujuk manja
aku cuma mahukan kehidupan yang sederhana
namun cukup untuk kita sekeluarga

aku bukan meminta minta
aku bukan mengadu domba
aku cuma ingin bersuara
mencari ketenangan dalam karya

secukupnya aku cuba memahami
keadaan yang masih belum pasti
namun aku juga hanya insani
yang ada iri di hati

aku bersyukur punya keluarga yang memahami
mendesak tidak menyuruh tidak
mereka hanya memerhati dan simpati
membantu bila aku perlu berdiri

peduli aku dengan mereka yg tidak mengerti
hanya mendesak meminta itu ini
sedikit pun tiada simpati
sedikit pun tidak cuba memahami

peduli mereka dengan kepayahan kami
peduli mereka dengan apa yg kami hadapi
hanya tahu mencari kesalahan diri
hanya tahu meminta itu ini...

Monday 11 April 2011

Cabaran dan tekanan.. lagi...

hidup ni tak pernah lekang dengan cabaran dan dugaan... ada masalah tu tandanya kita masih hidup... dan masalah tu masih boleh diselesaikan jika fikiran kita dapat mentafsirkan makna disebalik masalah tersebut.. dan kesan masalah dan cabaran itu dlm hidup kita...
tak salah untuk "bad mood", tak salah untuk tension.. tp lebih baik jika ia disusuli dgn tindakan untuk selesaikan atau mengurangkan tekanan itu.. tp macamana kalau fikiran kita ini terlalu buntu untuk memikirkan penyelesaiannya... ??

Thursday 7 April 2011

Skandal Video 18SX nak di bawa ke PARLIMEN??WTH!!

Pilihanraya dah dekat ni.. mcm2 la skandal yg wujud sama ada oleh pihak pembangkang atau pihak kerajaan..terbaru skandal video lucah yg kononnya dibintangi oleh Penasihat PKR dan gadis dari China. dapat juga clip yg didedahkan selama 1 minit tu... tp blur je gambarnya.. berdegor-degor orang2 politik ni memberi pandangan dan komen masing2.. nk tanya sket.. korang ni confirm ke bebas dari gejala tak bermaruah ni... jeng jeng jeng..

Jalan-jalan ke Kuala Terengganu

Mula-mula melalui jambatan menghala ke Kuala Terengganu, kami telah tertarik dgn simbol Allah yang diletakkan di bukit, seolah-olah mendoakan kesejahteraan pengunjung2 Kuala Terengganu serta penduduknya.

Wut have i learn during the hectic momments

last 3 weeks were the most hectic moment for the beginning of the year.. very hectic.. chaotic.. stressful, tense... apa lagi.. byk la description nyer... but still, Alhamdulillah.. aku dapat atasi waktu2 begitu dengan sabar dan tenang.. hihihii.. actually tension, tp principle nya, apa guna berdentum dentam atau menunjukkan tension kita kalo ia tidak dpt mengurangkan tekanan tersebut.... but quite a challenge for me.. sbb stress tu datang dari pelbagai sudut.. dan pelbagai bidang... work, financial, anak yg demam, apa lagi yer.. work tu sila bahagikan kepada byk bahagian yer... hihihihihi
Ada sikit tips untuk dikongsikan.. cara-cara menghadapi stress: -

Tuesday 5 April 2011

Lama betul tak update blog yer...

terlalu lama tak update blog... heheheh.. masa tidak mengizinkan.. ni pun lagi seminit nak beransur dari kerusi yang hari-hari menjadi lapik punggungku....
hari-hari yang berlalu sepanjang tidak mencoret barang sesuatu di blog ni penuh dengan cabaran, dugaan, cobaan... dan yg penting akhirnya membuatkan aku melihat sesuatu kepayahan itu dari perspektif yg berbeza... ok ok.. nanti aku kupaskan satu persatu.. loceng dah berbunyi.. tanda pintu dah nk ditutup... sabar yer...