Showing posts with label Current Affairs. Show all posts
Showing posts with label Current Affairs. Show all posts

Monday, 21 November 2011

Bola sepak akhir SUKAN SEA 2011 dari perspektif saya..

Alhamdulillah... Team B23 Harimau Muda kita berjaya meraih emas dlm perlawanan bolasepak menentang tuan rumah Indonesia dia Stadium Gelora Bung Karno.

Perlawanan yang mendebarkan dan penuh dengan drama. Saya sendiri tidak ketinggalan menonton perlawanan di kaca tv di rumah bersama suami dan anak kecil kami... Purposely tak kasi si kecik itu tidur.. sbb nanti xleh nk kuatkan suara.. tp si kecik tu bertahan sampai pukul 11 jer.. dan masa jaringan kemenangan oleh Badrol Bakhtiar dilakukan, tindakan refleks kami berdua yg menjeritkan gol telah menyebabkan si kecik itu terkejut.. heheheheh.. sorry yer sayang..

Memang perlawanan amat sengit dan semua pemain, baik pemain Malaysia ataupun Indonesia memberikan saingan yang hebat antara satu sama lain.. dan memberikan komitmen yg 200% terhadap perlawanan. dengan kemenangan ini, terubatlah hati atlet negara dan penyokong Malaysia terhadap segala perkara buruk yang diperlakukan terhadap atlet nasional. kena boo, malah semasa lagu negaraku dimainkan dan bendera Malaysia dikibarkan, penyokong Indonesia tidak hormat.

Thursday, 18 August 2011

Isu Murtad berleluasa kini...

Assalamualaikum...
Pagi-pagi lepas sahur sebelum menghadap kiblat utk bersolat subuh ni, tiba2 i was drawn to jot something... sepatutnya bacalah quran.. sementara menanti subuh... ini tidak.. adoiii.. apa nak jadi ni.. takpe2... kejap je ni..
Sekarang ni isu hangat yang melanda negara kita serta isu yg menyentap perasaan kebanyakan org islam adalah isu murtad. Apa yg berlaku di PJ, apabila anak2 diberi tuisyen percuma... untuk belajar bahasa inggeris, telah diajar secara tidak sedar ajaran2 yang berunsurkan amalan org2 kristian. daripada lagu-lagu asas org kristian sehingga ke sejarah Nabi Isa dari kitad kristian.

Saturday, 9 July 2011

Tuntutan BERSIH 2.0

haishhh... ni kalo sy tulih ni ramai yg marah ni... blog ni bukan blog politik ok.. tp sekadar memberi pandangan sebagai rakyat terhadap isu semasa... sila abaikan blog ini jika anda mencari maklumat politik.. di sini bukan tempatnya.. tp sy suka jugak nk ulas tuntutan BERSIH ni.. mai kita tgk satu persatu apa yg dituntut oleh 'NGO' ni...
  1. Bersihkan senarai undi : - ini surely sbb byk sgt kononnya undi hantu. kononnya byk pengundi yg dah meninggal dunia pun masih dlm senarai SPR..

BERSIH dan PATRIOT dari pandangan rakyat marhaen...

9 julai 2011 adalah tarikh yang amat dinanti-nantikan.. sebab dah lama sangat di canang2 kan tarikh tersebut akan adanya perhimpunan besar-besaran KONONNYA OLEH NGO untuk menghantar resolusi atau petisyen kepada DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong...
bahangnya telah dirasai dari hari khamis lagi.. di mana sekatan jalan raya telah mula diadakan di jalan-jalan keluar negeri-negeri seluruh negara yang menghala ke Kuala Lumpur. saya sendiri pada hari tersebut berkebetulan perlu menghantar adik saya pulang ke kampus, terpaksa menempuh sekatan jalan raya tersebut... awal-awal lagi polis dah buat kerja.. apa lah yang akan jadi pada hari kejadian... itu lah yg saya fikirkan setiap kali kami bertembung dgn sekatan jalan raya...

Thursday, 30 June 2011

Mampukah kita hadapi ancaman seperti 13 Mei Lagi??

Sekarang ni negara sedang hangat dengan isu BERSIH, video seks, Pilihanraya Masjid, Lynas... dan banyak lagi laaa.. sampai tenggelam isu2 yg positif mcm kemenangan demi kemenangan Harimau Muda mengalahkan pasukan bola dari beberapa negara Asia lain, dalam perlawanan kelayakan Olimpik 2012. Tenggelam jugak isu semasa yang masih dlm tahap kritikal seperti isu pembuangan bayi, maksiat, zina, malah isu org giler yang suka simbah asid kat org secara rawak, malah isu hackers...
semua isu yang sepatutnya di ambil berat telah diletak ketepi semata-mata untuk fokus pada isu2 yang tak masuk akal tu...

Thursday, 7 April 2011

Skandal Video 18SX nak di bawa ke PARLIMEN??WTH!!

Pilihanraya dah dekat ni.. mcm2 la skandal yg wujud sama ada oleh pihak pembangkang atau pihak kerajaan..terbaru skandal video lucah yg kononnya dibintangi oleh Penasihat PKR dan gadis dari China. dapat juga clip yg didedahkan selama 1 minit tu... tp blur je gambarnya.. berdegor-degor orang2 politik ni memberi pandangan dan komen masing2.. nk tanya sket.. korang ni confirm ke bebas dari gejala tak bermaruah ni... jeng jeng jeng..

Tuesday, 1 March 2011

Dinar Emas Dirham Perak Negeri Kelantan

walaupun Negeri Perak telah pun melancarkan Dinar Emas Dirham Perak negeri tersebut, tp jgn dinafikan bahawa perintis kepada pelaburan dinar emas dan dirham perak ini datangnya dari Negeri Kelantan. Kerajaan Negeri Kelantan telah terlebih dahulu melancarkan matawang emas ini. Nak tau lebih lanjut bley klik kat link ni http://www.dinarkel.com/

Syabas Tuan Guru Nik Aziz dgn kejayaan kerajaan pimpinannya

Dinar Emas Dirham Perak

baru-baru ini, 28 Feb 2011, YAB MB Perak Datuk Seri Dr Zambry telah pun melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak Negeri Perak Darul Ridzuan untuk simpanan dan pelaburan.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.