Wednesday 30 November 2011

Natijah apabila memarahi anak kecil..

Assalamualaikum..
saya nk share something yang saya experience malam td.. semalam saya amat tidak sihat.. diarrhea.. asyik mengulang ke toilet je the whole day.. makan pun tak lalu.. saya ambil cuti rehat.. nk pegi klinik pun tak larat.. so saya amik cuti rehat je laa.. cuti pun byk lagi kan..
then malam tadi saya tido sangat awal... pukul 9mlm kot.. hero kecil saya, si firas, pun masih belum tido.. bila saya dah lelapkan mata, firas datang pada saya.. cucuk2 mata saya.. tarik2 rambut saya.. tarik rambut tu tak la kuat mcm selalu.. rasa mcm dia usap je rambut saya.. tapi, kesian dia.. dia kena marah.. dah la ibu dia marah dia.. papa dia pun marah dia.. akhirnya saya pun tak tau la apa yang jadi, sedar-sedar dah pukul 2 pagi, dan firas pun dah tido. selalunya saya akan tido dgn dia... agaknya dia ajak saya tido sebelah dia kot.. tu yg dia usik2 saya tu...
esok pagi papa bg tau.. firas cirit mlm td.. kul 1 pg firas cirit.. bangun pagi ni pun cirit lagi.. alahaiii.. serba salah dibuatnya.. rupa-rupanya firas pun tak sedap badan. tu yg usik ibu tu... nk bgtau dia pun tak sihat rupanya... pagi-pagi saya ckp kat dia "ibu sorry yer marah firas malam tadi.. ibu tak larat sgt...ibu sorry tau" dgn harapan kesan negatif yg dia terima bila di marah malam td dapat di wash away.. lagi yg makin serba salah tu, on the way nk pegi keje.. dia muntah pulak atas saya.. habih baju saya.. terpaksa basuh baju kat taska firas.. adoiii... tp alhamdulillah lepas tu dia cergas je laa..klo tidak haruss saya tak senang duduk..
dan tadi, ada kesempatan, melalui facebook, saya tanyakan pada yang pakar... saya suka nk share pada kawan2...
Prof Dr. Rozieta Shaary ni adalah pakar keluarga... boleh la add fb diaa... ada byk notes yang dia share yg mmg boleh memberi panduan utk ibu muda macam saya ni utk mendidik anak... :)

Monday 28 November 2011

Apabila Harimau tumpul taringnya..

Assalamualaikum..
Hari ni, isu pagi di ERA adalah berkenaan kegagalan skuad Harimau Malaya memenangi perlawanan dengan Bahrain tempohari..
Nampaknya rata-rata pemanggil tak puas hati dgn permainan yang ditunjukkan oleh pasukan kita di saat-saat akhir perlawanan. kesian.. ada yg menyatakan Harimau Malaya patut di hina.. dan ada media yg buat topik di bahagian sukan satu suratkhabar "Harimau Muda memalukan Negara". 
Kesian pulak dgn mereka.... mendapat kecaman hebat dari penonton.. bila menang kejayaan di sorak.. dipuji melangit dan melambung.. bila kalah.. dikecam hebat... 

AKU MAAFKAN KAMU

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi

Monday 21 November 2011

Bola sepak akhir SUKAN SEA 2011 dari perspektif saya..

Alhamdulillah... Team B23 Harimau Muda kita berjaya meraih emas dlm perlawanan bolasepak menentang tuan rumah Indonesia dia Stadium Gelora Bung Karno.

Perlawanan yang mendebarkan dan penuh dengan drama. Saya sendiri tidak ketinggalan menonton perlawanan di kaca tv di rumah bersama suami dan anak kecil kami... Purposely tak kasi si kecik itu tidur.. sbb nanti xleh nk kuatkan suara.. tp si kecik tu bertahan sampai pukul 11 jer.. dan masa jaringan kemenangan oleh Badrol Bakhtiar dilakukan, tindakan refleks kami berdua yg menjeritkan gol telah menyebabkan si kecik itu terkejut.. heheheheh.. sorry yer sayang..

Memang perlawanan amat sengit dan semua pemain, baik pemain Malaysia ataupun Indonesia memberikan saingan yang hebat antara satu sama lain.. dan memberikan komitmen yg 200% terhadap perlawanan. dengan kemenangan ini, terubatlah hati atlet negara dan penyokong Malaysia terhadap segala perkara buruk yang diperlakukan terhadap atlet nasional. kena boo, malah semasa lagu negaraku dimainkan dan bendera Malaysia dikibarkan, penyokong Indonesia tidak hormat.

Tuesday 18 October 2011

Bicara hati saya: Kanak-kanak digilis 2 buah van, Bayi dikelar oleh ibunya sendiri...Kejam dan rakus.. manusia akhir zaman

Astaghfirullahal 'azim... allazi lailaha illa huwalhaiyulqayyum.. waatubuilaihhh...
tatkala ini.. air mata laju mengalir... sedih... dan sangat sedih.. kelmarin berita perihal seorang kanak-kanak di China. yang dilanggar oleh sebuah van. digilis..dan yang menghairankan.. pemandu van tu tidak pun berhenti untuk melihat apa yang dilanggar.. tayar depan nya menggilis kanak-kanak itu.. dan kemudian dia berhenti.. tp sayangnya.. ingatkan dia nk turun dan tgk apa yang dilanggar.. rupa-rupanya dia berlalu pergi dan tayar belakang pula yg menggilis budak itu... umur budak tu kalo tak salah almost 2thn.. van pertama berlalu pergi.. dan ramai manusia di situ.. yg lalu lalalng.. hanya melihat.. dan tiada siapa yg memberi pertolongan.. oh.. sebaknya rasa... masing-masing hanya melihat.. tiada siapa yg mengangkat budak tu... kemudian datang van kedua.. sepatutnya dia boleh melihat dgn jelas ada budak sedang terlantar di atas jalan... tp ia langgar juga.. dan budak perempuan berusia 2thn itu digilis lagi.. tayar depan.. kemudian tayar belakang van kedua itu... dan lagiii.. tiada siapa yang peduli.. terlantar dan terkulai kanak-kanak itu tiada daya menahan kesakitan... sehingga lah ada seorang hamba Allah yang menyedari.. lalu memanggil ibu bapa kanak-kanak itu.. bagai nak gila ibunya melihat keadaan anak mereka.. kawasan kejadian ini bukan dia highway.. bukan diatas jalan raya.. tp hanya di pasar.. sebuah pasar.. yang tidak sesak dek kenderaan... amat menghairankan.. mengapa manusia-manusia ni ada hati yang sebegitu kecil.. sehinggakan tidak ada perasaan kasihan dan belas.. kanak-kanak itu kini koma di hospital...
Itu yang berlaku di China... namun di negara kita lebih dasyat dari itu....

Sunday 2 October 2011

Cara-cara simpan tudung yg ber'awning' if kita nk pegi travel

Tips ni diturunkan oleh seorang sahabat kepada saya semasa kami nk pegi bercuti ke Langkawi. Ni saya attachkan gambar nya supaya senang nk imagine and understand the step.

       mula-mula.. masukkan tudung-tudung kedalam tudung-tudung yg lain... 

 
kemudian gulungkan tudung jadi mcm gambar di atas.

last sekali.. masukkan dlm bekas bulat camni.. tutup la bekas ni dan masukkan dalam beg. so, awning pun akan selamat...

...Selamat Mencuba... 

Thursday 22 September 2011

Warkah seorang sahabat di penghujung Syawal

Assalamualaikum w.b.t
Salam Aidilfitri.. dah penghujung syawal baru ada kesempatan mencoret salam lebaran di blog ni...
Nak cerita pasal lebaran, tiada apa yang menarik utk diceritakan... tp.. ada kisah yang ingin saya kongsi kepada anda yang membaca blog ini (if ada org baca laa..)
Teringat suatu ketika, wujudnya sengketa antara sahabat berdua... berlarutan sengketa dari sebelum Ramadhan hingga ke Syawal.. Biarpun tangan dihulur, maaf dipinta dengan penuh keihlasan, namun sengketa itu tetap ada.. mungkin dendam masih berkalang, biarpun tidak diketahui apa asbabnya.. mungkin amarah itu masih jitu, biarpun tidak diketahui apa salahnya.. ataupun, mungkin hati itu terlalu keras, ego menyalut kesucian jiwa... maka biarpun maaf dipinta, tiada sudi untuk memberinya..

Thursday 25 August 2011

Ujian Allah setiap saat utk hamba-hambaNya

Assalamualaikum..
Dalam minggu akhir kita bersama Ramadhan tahun ini, saya mendapat khabar duka. Berita tentang kesihatan yang membimbangkan 2 org rakan saya... Seorang rakan adalah sahabat maya dari Johor, manakala seorang lagi adalah anak angkat mak saya dari Tg Karang.
Sahabat Johor sy tu telah dimasukkan ke hospital, suspected ada masalah jantung. Manakala sahabat saya tg.karang itu baru sahaja selesai didiagnoskan dan confirm beliau sedang menghadapi cabaran leukimia. kini sedang di rawat di hospital Ampang.
Innalillahiwainnailahirajiun.... Ironinya, kedua-dua mereka saya panggil mama... adoiii.. mama johor mmg seorang mama.. tp mama tg karang ni sbb adik saya dan housematesnya panggil dia mama... walaupun dia baru je 21thn... :)itu nama mesra dia utk mereka...
Terasa betul sedih bila mendapat khabar berita mereka.. di saat saya sibuk memikirkan byk perkara yg belum beres utk menyambut Syawal, mereka memikirkan anak dan keluarga yg ada di rumah yg perlu membuat persiapan raya tanpa mereka.. atau mungkin tiada persiapan raya kerana ahli keluarga yg dicintai berada di hospital.. sayu jugak bila terkenangkan situasi mereka... hari ni hari mereka.. hari saya entah bila.. yg pasti, ia akan tiba... cuma masa je yg belum tiba.. entah esok entah lusa....
Allah menduga kita setiap saat... sbb Allah sayang kita.. Allah tak nak kita pergi jauuuhhh dari Allah.. kebiasaan manusia, bila diduga dgn musibah, masa tu lah baru terkenang Allah... saya pun begitu juga... masa ditimpa musibah... masa tu la kita memohon pertolongan Allah... kebiasaan kita begitu, tp bukan semua... so, Allah berikan dugaan sbb Allah rindu nk dgr rintihan kita.. Allah rindu nk dengar aduan kita padaNya.. permohonan kita, rayuan kita... tak salah kan bila kita ditimpa musibah kita semakin dekat dgn Allah.. tp jgn sampai kita lupa utk mensyukuri nikmat Allah.
Segala yang berlaku ada hikmahnya.. dan sesungguhnya segala kesakitan itu adalah ujian dari Allah. Samaada ia berupa kaffarah terhadap dosa atau proses menaikkan darjat... Yang pasti kita sebagai hamba Allah hendaklah berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah... jgn sampai kita tergelincir dari akidah Islam.

saya doakan sahabat-sahabat saya mamahusna (kak nazarizah), mamaMU5(fazlina kalib) cepat sembuh dan diberikan kesihatan yg baik.
Dan buat mereka yang telah pergi menemui Allah, Arwah Abah(abah angkat sy), arwah tok cat, 2 arwah atok (johor), arwah maklong (johor), arwah faiz, arwah epoi dan semua muslimin muslimat dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Al Fatihah


Sunday 21 August 2011

Time to deliver kuih raya...

Alhamdulillah... tahun ni tahun pertama saya buat bisnes jual kuih raya.. tahun-tahun sebelum ni ada juga makcik2 dan mak saya sendiri suruh sy jual kuih raya.. tp macam biasa.. "takmo laahh... x glamor jual kuih raya.. lagipun ada ke org nk bli kuih raya dari sy..." Rupa-rupanya tak lah susah jual kuih raya,... cuma perlu layan karenah org je laa.. biasa laa.. pelanggan kan...
Alhamdulillah lagi.. selain kuih raya saya jual juga Serunding.. serunding ni amik kat kelantan.. almaklumlah.. saya kawen dgn ogr kelantan.. so senang la nk amik stok serunding..

Friday 19 August 2011

dah makin ramai yang sakit jiwa sekarang ni kan...

Assalamualaikum...
Saya baru je tgk berita pasal mayat wanita yg dijumpai di sebuah pangsapuri... yg mayatnya telah dkerat-kerat. dan disusuli pula kes Dato' Sosilawati Lawiya..
Malah akhir-akhir ini terlalu banyak mangsa simbah asid. mula-mula modus operandinya terhadap wanita-wanita cun di sekitar KL..tp kes terkini adalah serangan simbahan asid ke seorang lelaki...
Rompakan, Rogol, Pukul, Dera, Penderaan Seksual.. itu tak termasuk lagi.. saya pasti ramai antara kita yg perasan akan masalah-masalah sosial yang pelik-pelik semakin banyak berlaku..  malah, kita tidak berasa selamat di rumah sendiri... Kalau dulu.. anak dibiarkan ke sekolah dengan berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam.. kini, anak tidak dibenarkan tinggal bersendirian di rumah pun... kalo tinggal sendiri pun kita akan call setiap 5 minit utk pastikan anak kita tu selamat.. betul kan??
Tuntutan hidup duniawi kini tidak dinafikan mampu meruntuhkan kewarasan dan jiwa seseorang jika dia tidak kuat dalam mengharungi dugaan hidup yang kian mencabar.

Thursday 18 August 2011

Isu Murtad berleluasa kini...

Assalamualaikum...
Pagi-pagi lepas sahur sebelum menghadap kiblat utk bersolat subuh ni, tiba2 i was drawn to jot something... sepatutnya bacalah quran.. sementara menanti subuh... ini tidak.. adoiii.. apa nak jadi ni.. takpe2... kejap je ni..
Sekarang ni isu hangat yang melanda negara kita serta isu yg menyentap perasaan kebanyakan org islam adalah isu murtad. Apa yg berlaku di PJ, apabila anak2 diberi tuisyen percuma... untuk belajar bahasa inggeris, telah diajar secara tidak sedar ajaran2 yang berunsurkan amalan org2 kristian. daripada lagu-lagu asas org kristian sehingga ke sejarah Nabi Isa dari kitad kristian.

Bihun Sup sedap di Pasar Ramadhan, Sup Warisan

Pernah tak makan bihun sup yg isinya banyakkk... harga dia RM3 jer... ni first time saya beli bihun sup di Pasar Ramadhan Taman Meru, Ipoh. saje je nk try... asyik makan bihun sup daging je.. kali nk try la bihun sup ayam dia...
bila dia masuk je bahan dlm plastik utk dipackingkan.. dalam hati saya "MasyaAllah.. banyaknya isi.. Alhamdulillah".. and at the same time saya tunggu juga berapa dia nk cakap harga sebungkus bihun sup tu.. RM3.00 sahaja.... wowww!! Alhamdulillah.. harga pun murah... dan bihun sup tu pun amat memuaskan hati dan perut...

sedap pun sedap... byk pun banyak.. Alhamdulillah... senyum lebar saya dpt mkn bihun sup camni...

nk tau kedai mana... nama gerai dia Sup Warisan  kalau tak salah saya... terima kasih kepada pemilik gerai dan si tukang jual kerana menjual dgn ikhlas.... semoga dimurahkan rezeki oleh Allah...

Wednesday 17 August 2011

Menjadi Isteri Solehah?

Isteri: Abg... saya igt nk buat revolusi pada diri sendiri la abg..
Suami: Revolusi ape?
Isteri: Saya nk jadi Isteri solehah.
Suami: Awak dah cukup solehah dah.. nk solehah mcmana.
Isteri: Itu solehah di mata abg... di mata Allah belum tentu lagi.
Suami: bukan ke untuk seorang isteri itu, redha suaminya adalah redha Allah.
Isteri: ye abg.. betul, tp yg menghukum dan menilai keimanan itu hanyalah Allah kan...
Suami: hmmm.. awak nk berubah yg macamana lagi? Abg tgk dah ok dah.
Isteri: Saya rasa pakaian saya belum sempurna utk bergelar muslimah.. pakai tshirt lengan pendek. pakai jeans... walaupun keluar dgn abg.
Suami: Kan ada stoking tangan, pakai lah stoking tu.. tutup la lengan kan..
Isteri: Tapi stoking tu nampak jugak bentuk lengan..Kalau saya berniqab macamana?
Suami: Abg tak larang... tp abg rugged, awak berniqab pulak.. tak mcm pelik ke...
Isteri: Alaaa... tgk pak arab tu rileks je pakai sluar pendek, isteri dia pakai purdah.. ok je kan..
Suami: Abg bersyukur awak ada nawaitu ke arah itu... tp awak pasti ke awak nk berniqab tu kerana Allah... jangan paksa diri, takut nanti makan diri... Awak mulakan dgn pakai baju lengan panjang, labuh, seluar yg longgar... abg ok je.. selagi penampilan awak tu kemas dan cantik di mata abg... tp, kalo awak berniqab, awak kena igt... bukan berubah dalam bentuk pakaian je tau... attitude, tutur kata, tutur cara.. semua kena berubah.. byk tu.. awak dah la jenis hyperactive, direct, laser... klo dah pakai niqab, awak tak boleh melaser sesuka hati tau.. nanti org judge awak sama dgn org2 lain yg pakai niqab.. bukan abg larang... tp abg rasa awak berubah la step by step..
Isteri: Kalau macam tu, kita kena shopping la abg.... nk bli baju2 yg labuh, longgar dan berlengan panjang...
Suami: Abg dah tau dah akal awak tu... ok.. nanti kita pegi shopping yer.. :)
Isteri: Thank you abg... i love you...

Sunday 14 August 2011

Hati dan Suara di bulan Ramadhan

Suara : Hai Hati... Assalamualaikum..
Hati : Wa'alaikumussalam Suara.. 
Suara : Kenapa awak byk diam je di bulan Ramadhan ni.. takkan awak letih kot..
Hati : Sy bukan letih Su, tp sy lebih suka berdiam diri dan bercakap sesuatu yang perlu jer. dan selain dari itu,    lebih baik saya berzikir.
Suara : Eh, baik pulak awak sekarang ni,... dah insaf ker?
Hati : Bukan ke lebih baik kita gunakan masa sebulan ni utk memperbanyakkan ibadah dan pahala dari membiarkan ia berlalu tanpa ada apa2 manfaat.
Suara : tp bukan ke dulu awak yg suka sgt berfikiran negatif, berburuk sangka, dan selalu sgt ambil tahu hal org lain...
Hati : betul tu.. sy mmg mcm tu.. tp Alhamdulillah, syaitan masa bulan2 Ramadhan tak der..dah kena ikat.. kurang sikit la pengaruh buruk tu dlm hati ni... atau pun mungkin saya betul2 mahu menghayati Ramadhan dan menggapai keimanan yang sedayanya utk mendapat tempat di sisi Allah
Suara : kalau macam tu awak ni dah insaf la.. tak boleh la kita bergosip2.. alaaa... awak sorang je yang mcm tu.. ramai lagi org yg masih sama je.. ada syaitan ke tak der syaitan ke.. sama je diorang tu..
Hati : Saya sendiri belum sempurna.. layakkah saya

My Homemade Choc

Assalamualaikum...
Best nyer hari ni... dapat merealisasikan impian... hehehehe.. impian ape...? impian buat choc sendiri... dah pernah buat dah dulu.. tapi tak menjadi.. huhuhuhu... maka, hari ni, dgn penuh berhati-hati, dimulakan dgn bismillah... dgn sukatan guna penimbang lagi... maka saya pun buat la choc.. resepi ni sy dpt dari rakan cyber yg begitu bermurah hati berkongsi resipi choc nya walaupun choc itu adalah biz dia... Alhamdulillah.. terima kasih mama husna... klo korang nk tgk choc2 yg indah lagi enak.. boleh visit blog mamahusna..kat sini.
ni sedikit gambar2 proses semasa buat choc..

Friday 12 August 2011

Pengajaran dalam memulakan perniagaan online..

Assalamualaikum...
haissshhh.. nk mengeluh boleh.. huhuhuhu.. tak baik mengeluh. tambah-tambah di bulan Ramadhan ni... Actually saya baru je selesai hantar parcel kepada customer online sulong sy di PJ. ada 3 parcel la.. 2 ke taman dato harun, customer dan sorang lagi kawan baik saya.. dan 1 parcel lagi ke Rawang... tp parcel yg customer tu adalah parcel yg terbesar dan termahal dan terberat...
kenapa saya mengeluh?? sebab..

Wednesday 3 August 2011

Misi Ramadhan

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. hari ni adalah hari ke 4 Ramadhan... semoga ia tidak berlalu begitu cepat tanpa sempat kita mengejar misi yg telah ditanamkan sejak pertemuan pertama 4 hari yg lalu...
Ramadhan tahun ni lebih sibuk dari tahun-tahun yang sebelumnya.. saya membantu makcik di rumah saya dgn mempromosikan kuih-kuih rayanya.. malah membantu juga org kampung dalam mempromosikan kuih-kuih tradisionalnya... well, membantu mcm tak tepat.. leverage lebih tepat kot.. dia ada bisnes, sy pun dpt dwet raya sikit2...
Ini lah first time sy nk berniaga.. kecik-kecik jer.. tp rupa-rupanya, nk start tu yg payah.. tp bila dah start, ok je... Malah tahun ni jugak suami start buat perniagaan kecil-kecilan dengan menjual pakaian berjenama gred A dan pakaian kanak-kanak... pun first time.. bila langkah permulaan dah dibuat.. rupanya byk peluang yang kita boleh dpt lepas tu.. peluang dan peluang lagi.. dan lagi dan lagi.. antara kita nk grab the chances or not, itu terpulang pada kita...

kalo ada pembaca yg nk tgk produk kami.. sila la ke facebook Dazzling Outlet. itu utk pakaian.. utk kuih raya.. cari je Ay Zahiera...

Sunday 31 July 2011

menu minggu ini

17/07/2011 - outdated sikit.. byk sgt activiti minggu lepas..

sedang mencari-cari resepi untuk menu weekend ni.. hehehe.. sbb minggu ni tak masak langsung.. x best ler... sbb nk makan kann...
so, apa yang boleh difikirkan adalah.. masak ikan bakar, ulam, sambal belacan, budu, dgn satu lagi lauk.. heheheheh... sebenarnya saya tak makan pun sambal belacan.. hadoiii.. tapi tak pe laa.. kita try buat yer... dah selalu dah suami suruh blaja buat sambal belacan...
resepi sedang di google2.. inilah saya... nk masak pun kena google dulu.. sambal belacan pun kena google dulu.. terukkan.... huhuhuhu... masakan melayu on saturday... italian's on sunday.. amacam?? sebab saya suka makan pasta.. baru fare.. sabtu makanan kegemaran suami.. ahad makanan kegemaran saya pulak...

ni resepi sambal belacan:

Ramadhan Al Mubarak.. Salam Ramadhan... salam keberkatan..

MUTIARA HADITH TENTANG PUASA

Assalamualaikum...
Ramadhan datang lagi.. dulu-dulu, opah, ustazah dan ustaz slalu cakap.. bulan Ramadhan ni lah bulan barakah yang doa dimakbulkan Allah.. bulan untuk kita zuhud pada Allah.. bulan untuk kita beribadat kepada Allah.. bulan untuk kita memohon hajat pada Allah... bulan segala bulan laa... datangnya dinanti2, perginya ditangisi.. inilah dia Ramadhan Al-Mubarak...

oleh itu, suka saya nk share hadith-hadith Ramadhan yang diperolehi sumbernya dari sini...


1. HANYA DAPAT LAPAR DAN DAHAGA.
عن أبي هريرة: قال النبي ÙƒَÙ…ْ Ù…ِÙ†ْ صَائِÙ…ٍ Ù„َÙŠْسَ Ù„َÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ صَÙˆْÙ…ِÙ‡ِ Ø¥ِلا الْجُÙˆْعُ ÙˆَالْعَØ·َØ´ُ - رواه النسائي وابن ماجه

Sunday 17 July 2011

Kenapa menghukum sebelum diadili...

Topik kali ni bukan untuk dikaitkan dgn politik.. sesungguhnya sy bukan ahli mana-mana parti politik.... sy hanya menyokong org islam yg memperjuangkan Islam.. bersama org islam tanpa ada hidden agenda.. (that can conclude almost no one..)
tp kali ni rasa suka pulak  nk berkongsi pengalaman.. actually i can say it as my own experience.. and my mistake as well...
kenapa menghukum sebelum mengadili... biasa sgt kita terus-terus menghukum dan menuding jari pada seseorang itu tanpa kita mengetahui sebab dan alasan mereka.. terlalu biasa kita menjatuhkan salah itu tanpa dibicarakan...
awas... kerana jika teruskan dengan sikap ini

Tuesday 12 July 2011

Pesan Opah... Pesan Mak... Nasihat Suami... dalam bersahabat..

tutuplah tajuk demonstrasi jalanan... masuk bab lain pulak...

Assalamualaikum...

Dulu-dulu opah selalu pesan... mak pun selalu pesan... "kamu tu, kalo berkawan, berpada-pada laa... ini bila kawan tu baik bebenor.. macam dah tak der kawan lain... macam dah kawan dunia akhirat.. nanti bila gaduh kan susah...

Heheheheh... pesan opah dan mak tu masa saya masih lagi seorang pelajar... terngiang-ngiang pulak sekarang ni.. hmmm.. memang betul apa mak dan opah cakap.. kalau kawan biar berpada-pada, jangan semua benda nk kongsi bersama.. jgn semua benda nak cerita... tapi masa sekolah tak pulak saya peduli pesan opah dan mak ni.. memang saya amik endah tak endah pun.. tak heran pun.. maklumla.. kawan segala-galanya...
but still, sikap saya yg lebihkan kawan tu masih diteruskan biarpun

Saturday 9 July 2011

Tuntutan BERSIH 2.0

haishhh... ni kalo sy tulih ni ramai yg marah ni... blog ni bukan blog politik ok.. tp sekadar memberi pandangan sebagai rakyat terhadap isu semasa... sila abaikan blog ini jika anda mencari maklumat politik.. di sini bukan tempatnya.. tp sy suka jugak nk ulas tuntutan BERSIH ni.. mai kita tgk satu persatu apa yg dituntut oleh 'NGO' ni...
  1. Bersihkan senarai undi : - ini surely sbb byk sgt kononnya undi hantu. kononnya byk pengundi yg dah meninggal dunia pun masih dlm senarai SPR..

BERSIH dan PATRIOT dari pandangan rakyat marhaen...

9 julai 2011 adalah tarikh yang amat dinanti-nantikan.. sebab dah lama sangat di canang2 kan tarikh tersebut akan adanya perhimpunan besar-besaran KONONNYA OLEH NGO untuk menghantar resolusi atau petisyen kepada DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong...
bahangnya telah dirasai dari hari khamis lagi.. di mana sekatan jalan raya telah mula diadakan di jalan-jalan keluar negeri-negeri seluruh negara yang menghala ke Kuala Lumpur. saya sendiri pada hari tersebut berkebetulan perlu menghantar adik saya pulang ke kampus, terpaksa menempuh sekatan jalan raya tersebut... awal-awal lagi polis dah buat kerja.. apa lah yang akan jadi pada hari kejadian... itu lah yg saya fikirkan setiap kali kami bertembung dgn sekatan jalan raya...

Thursday 30 June 2011

Mampukah kita hadapi ancaman seperti 13 Mei Lagi??

Sekarang ni negara sedang hangat dengan isu BERSIH, video seks, Pilihanraya Masjid, Lynas... dan banyak lagi laaa.. sampai tenggelam isu2 yg positif mcm kemenangan demi kemenangan Harimau Muda mengalahkan pasukan bola dari beberapa negara Asia lain, dalam perlawanan kelayakan Olimpik 2012. Tenggelam jugak isu semasa yang masih dlm tahap kritikal seperti isu pembuangan bayi, maksiat, zina, malah isu org giler yang suka simbah asid kat org secara rawak, malah isu hackers...
semua isu yang sepatutnya di ambil berat telah diletak ketepi semata-mata untuk fokus pada isu2 yang tak masuk akal tu...

Tuesday 28 June 2011

Melayu tolong Melayu....

Selalu kita dengar istilah "Org Melayu, bukan nk tolong Melayu..tak abih2 beli kat cina"... no offend mann.... but the fact is... byk lainnya service yang ditawarkan antara 2 pihak yang berbeza ni.... bukan semua macam ni.. tapi byk yg macam ni.. meh sini sy list kan:-

  1. Harga yang ditawarkan oleh company Melayu

Sunday 26 June 2011

Maharaja Lawak dah abih...

Dah habis pun Maharaja Lawak... well, Sepah telah pun dinobatkan menjadi juara dlm pertandingan ini... RM350000 utk satu team... bahagi 3 sorang dpt RM116,666.67. hehehehe... Jozan yang dapat naib juara pulak dpt RM250000 untuk satu team, so sorang dpt RM125,000. heheheheh.. tp yg paling untung mmg nabil laa.. dia dpt RM150000 untuk dia sorang je... Jambu pulak no 4, dpt RM50000 so sorang dpt RM25000... so, sebenarnya Nabillah yang paling untung dan paling pejuara.... KEHKEHKEH...
done the math.. tahniah untuk semua.. sbb semua mmg best pun...

Sesungguhnya segala Kesulitan ada Kemudahan

~~~~Mereka  yang terpaku pada waktu mereka yang terbatas dan pada keadaan mereka yang mungkin sangat kelam, umumnya hanya akan merasakan kesusahan, kesengsaraan dan putus asa dalam hidup mereka. Itu kerana mereka hanya menatap pada pinu-pintu dan dinding-dinding bilik mereka sahaja. padahal mereka seharusnya menembuskan pandangan sampa ke belakang tabir dan berfikir lebih jauh tentang perkara-perkara yang berada di luar pagar rumahnya.
        Maka dari itu, janganlah anda berasa terhimpit sejangkal pun kerana setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Betapapun, hari demi hari akan terus berganti, tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun datang silih berganti. Meskipun demikian, yang ghaib akan tetap tersembunyi dan Sang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatNya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua, tetapi sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan....~~~~
<versi penuh di naskah La Tahzan>

dah lama tak Quote... hari ni kita quote dari naskah la tahzan... sesuai utk setiap kita yg sedang mengalami kesukaran dan yang sedang ditimpa musibah... ketahuilah bahawa setiap kepayahan itu akan datangnya kemudahan.. cuma kita perlu melihat kerana kemudahan itu datang dalam pelbagai bentuk yang kadang-kadang kita tidak sedar akan kehadirannya...

Khasiat Surah Al-Waqiah

Assalamualaikum...
Saya ambil maklumat ni dari satu blog, kredit to the blog owner... http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/khasiat-surah-al-waqiah/ ... copy paste ni tak mintak kebenaran tuan tanah pun.. harap2 tak der la kena saman.. :p

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Monday 20 June 2011

Coklat.. coklat.. coklat..

Assalamualaikum...

terlalu awal di pagi hari.. tp tetiba nk cerita bab coklat.. asalnya sebab sy tak breakfast lagi... tp teringatkan coklat yg sy belikan utk surprisekan sang chenta.. ohhh.. sedapnya coklat itu...
anyway, dulu saya memang hantu coklat.. coklat dah jadi stock essential la dlm peti ais tu.. Cadburry, cadburry, cadburry... itu main coklat laa.. dan coklat2 brand lain yg diyakini kehalalannya dan kesedapannya...

New chapter of my life

being a mom, being a wife and a woman who has her career above her, is actually a very hectic life... but being me who have all those listed, seems not enough... well, not that i did not enjoy those blesses.. Syukran Ya Allah, Alhamdulillah... it's just that i need a hobby...so that my day is fulfilled... well, of course.. a hobby that can makes money...
haissshhhh... sounds as if i have too much of free time. but the truth is,

Tuesday 31 May 2011

A day that full of surprises...

Semalam celebrate anniversary yang ke dua... si dia amik saya kat ofis... bwk pegi mkn steamboat... saya ingatkan itulah celebrationnya dan pastu terus balik amik anak... rupa-rupanya masa makan tu si dia memberikan hadiah... betul-betul surprise.. sbb saya tak menjangkakan sebarang hadiah... almaklumlah.. keadaan kewangan yang tidak stabil skarang ni... then, bila dibuka... ianya adalah sesuatu yang saya plan nk beli... tp herannya.. saya tak der pun bgtau dia yang saya nk beli mende tu... dan kali ni.. hadiah yang dia berikan, betul-betul menepati selera saya... well, dah byk dah surprise yang dia buat, tp mmg tak kena langsung dgn citarasa dan selera saya... sampai saya ckp kat dia, don't surprise me with barang wutsoever, sbb better beli dgn saya,... sbb taste kita tak sama.. maklumlah kita generasi berbeza... heheheheh... but this time, dia betul-betul mensurprisekan saya... bukan hanya dgn hadiah tu.. tp dengan kejayaannya membeli sesuatu yang saya suka...

Monday 30 May 2011

Anniversary yang ke 2

Hari ni genap 2 tahun usia perkahwinanku. dikurniakan seorang anak yang comel dan byk celoteh... suami yang amat membahagiakan... biarpun dalam senang.. biarpun dalam susah...
Cabaran pastinya ada... sbb saya ni manusia biasa... terasa seperti lama je usia perkahwinan kami... org kata, kalau bahagia, perkahwinan yang lama rasa sekejap jer.. so, kalau saya yg baru 2 tahun ni rasa dah lama kawen, adakah maknanya saya tak bahagia... hehehehe.. bahagia tu ada,.. mmg bahagia.. dan amat bersyukur denagn nikmat Allah yang ini... tapi, saya ni seorang yang suka keluar dari rutin.. rasanya rutin harian selama tempoh 2 tahun ni perlu diperbaiki... atau perlu ditambah dengan aktiviti baru... sebab life can be very boring when u stick to your routine... rasanya bukan saya sorang jer yang ada perasaan macam ni..

Sunday 29 May 2011

Manusia dan malaikat vs syaitan

Manusia       - Eh, dah subuh dah?
Malaikat       - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan        - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia      - Nak makan, laparlah ??
Malaikat     - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan       - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia      - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat      - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan        - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!



Manusia    - Alamak, dah lewat!
Malaikat     - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan     - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia      - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat    - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan        - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia    - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat    - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan     - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia     - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat     - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan     - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia    -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat     - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan     - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia    - aku telah berdosa..
Malaikat    - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan     - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)



Manusia    - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat    - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan     - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia     - Uuhhh?letihnya arini...tak solat lagi nieee?.
Malaikat    - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan    - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
 

Monday 23 May 2011

Hidup yang susah atau kesusahan hidup..??

Pagi tadi saya dihampiri oleh seorang makcik yang baru lepas mengambil beras zakat dari Majlis Agama Islam. Daif sungguh rupanya dan agak kesian... well, mungkin entry ni agak kejam.. atau mungkin ada yang mentafsirkan saya sebagai seorang yg arrogant atau sombong... baca dulu entry ni sampai habis baru kita buat conclusion yer... apa yg saya cuba buat adalah untuk menilai dari perspektif yg berbeza...

Sunday 22 May 2011

Iktibar Kejadian Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat

Menyayat hati, pilu dan amat meyedihkan bila saya menonton berita tanah runtuh di Hulu Langat yang betul-betul menghempap sebahagian Rumah Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat. Memang tak dapat menahan air mata yang mengalir dan terus mengalir...

Wednesday 18 May 2011

Mr Mama??? Wut do you think??

Hakikat Mr.Mama telah wujud di kalangan masyarakat sekarang mmg tidak boleh di sangkal lagi.. mungkin persis drama di TV3  MR MAMA lakonan Arash Mohd.. yg lain2 saya tak kenal... atau lebih kurang dgn drama tersebut...
Zaman sekarang, perkara itu bukanlah perkara yang menghairankan..... tapi, perkara-perkara negatif yg sudah atau akan timbul mmg tidak dpt dinafikan lagi...
Pada masa kini, wanita sudah ramai yang mempunyai kerjaya... malah tidak hairanlah jika wanita ramai yg tidak berkahwin sebab terlalu komited pada kerjaya... dan sememangnya wanita yang mempunyai kerjaya, dan dalam masa yang sama mampu menjaga dan menguruskan rumahtangga dgn baik adalah seorang SUPERWOMAN..

Monday 9 May 2011

Indahnya hidup...

indah kah hidup??
bila hati sentiasa gundah
mencari tenang dalam senang
indahkah hidup?
bila jiwa menjadi gulana
dek kehendak yg tidak pernah tenang
indahkah hidup
bila senang menjadi susah
bila susah menimpa-nimpa
indahkah hidup
bila manis menjadi tawar
bila tawar menjadi hambar
lantaran gelora yg nyala membakar

indahnya hidup....
bila jiwa punya teman setia
menemani sentiasa duka dan suka
menjadi kekuatan menghadapi lara
indahnya hidup...
bila cinta menemani jiwa
menghibur hati mendakap setia
menjadi penguat memahat semangat
indahnya hidup...
bila gelora melanda
dihadapi dengan selamba
biar selumbar menghiris luka
tetap menjadi penguat cinta...

Wednesday 4 May 2011

What do I want in life...

org kata, dalam hidup ni kena ada angan-angan yang akan menjadi cita-cita, seterusnya menjana impian dlm minda kita dan bila minda dah di setkan utk mencapai impian, ia akan menjadi matlamat... dan akhirnyanya membuatkan kita bertindak atau berusaha untuk mencapainya...

Monday 2 May 2011

Nasi Ayam Lazat

hari ni amat teringin masak nasi ayam.. actually dah berhari-hari dah... sy ni rasanya ada satu pe'el kalo rasa nk masak sesangat tu.. mmg hasilnya superb.. ehehehhe.. puji diri sendiri pulak...

Friday 29 April 2011

Bayangan First love?

terpanggil untuk buat topik ni... sebab ada seorang sahabat baru-baru ini meluahkan rasa hatinya yg terpendam gara-gara termimpikan kekasih lamanya yg merupakan first lovenyer...
hhmm.. kaum wanita ni pada dasarnya mmg kalo dah chenta, kekasih tu buat macamana pun tak pe.. kena penampor, kena hempuk dgn helmet, even kena maki hamun.. mmg org wanita ni tak kisah... sbb dah sayang kan... itulah antara kandungan luahan perasaan yang diceritakan oleh sahabat saya tu.. dia teringat-ingatkan kekasih lamanya, kerana pada suatu ketika setelah mereka bukan lagi pasangan kekasih, si lelaki itu ada menghubunginya, meminta maaf, menyesal atas perbuatannya, dan merayu utk sahabat saya tu pulang ke pangkuannya..

Saturday 23 April 2011

Berhati-hati untuk penjawat awam

Berita penjawat awam ramai yg muflis bukanlah satu perkara yg luarbiasa.. sudah tercanang dlm media massa perihal kemuflisan mereka, especially golongan muda...
ape penyebab berlakunya perkara ini??byknya sbb hutang kredit kad, loan peribadi, dan sebagainya.. saya sendiri pernah melihat payslip seorang kakitangan kerajaan yang baki gaji bawa balik hanyalah RM50. Yang lain adalah potongan hutang yg dibuat. hutang bank lah, hutang koperasi lah... macam2 lagi... sebenarnya perkara ini kritikal.. bukan perkara remeh dah...

Monday 18 April 2011

Mencari tenang di hati...

aku bukan mencari Yusuf,
aku bukan mencari Muhammad,
aku cuma mahukan dia
yang hanya manusia biasa
yang tiada sempurna padanya

aku bukan mahukan emas permata
aku bukan nafsukan pujuk manja
aku cuma mahukan kehidupan yang sederhana
namun cukup untuk kita sekeluarga

aku bukan meminta minta
aku bukan mengadu domba
aku cuma ingin bersuara
mencari ketenangan dalam karya

secukupnya aku cuba memahami
keadaan yang masih belum pasti
namun aku juga hanya insani
yang ada iri di hati

aku bersyukur punya keluarga yang memahami
mendesak tidak menyuruh tidak
mereka hanya memerhati dan simpati
membantu bila aku perlu berdiri

peduli aku dengan mereka yg tidak mengerti
hanya mendesak meminta itu ini
sedikit pun tiada simpati
sedikit pun tidak cuba memahami

peduli mereka dengan kepayahan kami
peduli mereka dengan apa yg kami hadapi
hanya tahu mencari kesalahan diri
hanya tahu meminta itu ini...

Monday 11 April 2011

Cabaran dan tekanan.. lagi...

hidup ni tak pernah lekang dengan cabaran dan dugaan... ada masalah tu tandanya kita masih hidup... dan masalah tu masih boleh diselesaikan jika fikiran kita dapat mentafsirkan makna disebalik masalah tersebut.. dan kesan masalah dan cabaran itu dlm hidup kita...
tak salah untuk "bad mood", tak salah untuk tension.. tp lebih baik jika ia disusuli dgn tindakan untuk selesaikan atau mengurangkan tekanan itu.. tp macamana kalau fikiran kita ini terlalu buntu untuk memikirkan penyelesaiannya... ??

Thursday 7 April 2011

Skandal Video 18SX nak di bawa ke PARLIMEN??WTH!!

Pilihanraya dah dekat ni.. mcm2 la skandal yg wujud sama ada oleh pihak pembangkang atau pihak kerajaan..terbaru skandal video lucah yg kononnya dibintangi oleh Penasihat PKR dan gadis dari China. dapat juga clip yg didedahkan selama 1 minit tu... tp blur je gambarnya.. berdegor-degor orang2 politik ni memberi pandangan dan komen masing2.. nk tanya sket.. korang ni confirm ke bebas dari gejala tak bermaruah ni... jeng jeng jeng..

Jalan-jalan ke Kuala Terengganu

Mula-mula melalui jambatan menghala ke Kuala Terengganu, kami telah tertarik dgn simbol Allah yang diletakkan di bukit, seolah-olah mendoakan kesejahteraan pengunjung2 Kuala Terengganu serta penduduknya.

Wut have i learn during the hectic momments

last 3 weeks were the most hectic moment for the beginning of the year.. very hectic.. chaotic.. stressful, tense... apa lagi.. byk la description nyer... but still, Alhamdulillah.. aku dapat atasi waktu2 begitu dengan sabar dan tenang.. hihihii.. actually tension, tp principle nya, apa guna berdentum dentam atau menunjukkan tension kita kalo ia tidak dpt mengurangkan tekanan tersebut.... but quite a challenge for me.. sbb stress tu datang dari pelbagai sudut.. dan pelbagai bidang... work, financial, anak yg demam, apa lagi yer.. work tu sila bahagikan kepada byk bahagian yer... hihihihihi
Ada sikit tips untuk dikongsikan.. cara-cara menghadapi stress: -

Tuesday 5 April 2011

Lama betul tak update blog yer...

terlalu lama tak update blog... heheheh.. masa tidak mengizinkan.. ni pun lagi seminit nak beransur dari kerusi yang hari-hari menjadi lapik punggungku....
hari-hari yang berlalu sepanjang tidak mencoret barang sesuatu di blog ni penuh dengan cabaran, dugaan, cobaan... dan yg penting akhirnya membuatkan aku melihat sesuatu kepayahan itu dari perspektif yg berbeza... ok ok.. nanti aku kupaskan satu persatu.. loceng dah berbunyi.. tanda pintu dah nk ditutup... sabar yer... 

Thursday 17 March 2011

Bijak... sungguh bijak.. tp sayang...

Berita di Buletin Utama tadi betul2 memberi kesan kepada aku dan pastinya kawan2 aku yg mengetahui berita itu... bukan org lain.. tp kawan kami juga.. cuma, kami hanyalah kawan2 baru yg tidak tahu akan kisah diri dia...

Tuesday 15 March 2011

teknologi dan komunikasi

teknologi, kita semua tahu kelebihannya bila kita ni seorang yg sentiasa mengikuti perkembangan teknologi. updated, uptrend, socialized, kepuasan, ape lagi.. termasuklah membazir...
anyway, bukan itu yg nk saya sentuh.. tp tentang komunikasi verbal yg semakin berkurangan di antara pasangan atau mungkin housemates.

Mentaliti ke opportunity??

Apabila badan kerajaan contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negeri membuka iklan jawatan kosong, org awam yg tahu pasal kekosongan ni akan berpusu-pusu memenuhi pejabat berkenaan. mintak borang la, tanya soalan laa, nk buat argument la.. mcm2 la.. pendek kata

Saturday 12 March 2011

Relevan ke JobsMalaysia

JobsMalaysia kata ada 100k lebih kekosongan jawatan yg masih belum diisi... huhhh.. sebenarnya hairan jugak ape function jobsmalaysia.. oooo.. maybe nk buat mcm jobstreet kot.. abih semua jenis pekerjaan dia pulun bubuh dlm website dia..

Carbonara Cheese with chicken grill hari ini...

Menu hari ini Carbonara Cheese... first time buat.. tp saya rasa sungguh lazatt.. heheheh.. eh.. disokong oleh encik suami tauuu..... ni  menunyer...


ingredients ni sumer sy campak2 je.. nk cerita sukatan pun tak reti.. sbb bila tgk cukup likat cukup rasa, so ok la tu... hehehhehe

Friday 11 March 2011

Kekosongan Jawatan di Negeri Perak

Suruhanjaya akan mengiklankan kekosongan jawatan untuk iklan 012011 pada 13 Mac 2011 ini. terdapat 21 jawatan kosong untuk dipenuhkan. namun begitu, biarpun iklan dikeluarkan di akhbar-akhbar tempatan, atas sebab2 teknikal, sistem online SPA Perak tidak dapat diaccess.
ini adalah kerana suluruh Bangunan SUK Perak akan shutdown for power maintenance. oleh yang demikian server termasuk di shutdown atas sebab2 keselamatan data.
mari kita bersabar untuk masalah ini.. takpe.. iklan bukak dari 13hb Mac sampai 2 April...

Tsunami melanda Jepun


video tsunami di Jepun hari ini 11/03/2011. Allah Maha Berkuasa. biarpun negara ini antara negara termaju dunia, tetap kalah dengan kuasa Allah....

Penduduk Malaysia dinasihatkan untuk tidak ke mana-mana pantai. terutama sekali yg berada di Labuan, Sabah dan Sarawak.. semua sekalilah pantai yg ada kat Malaysia ni...

Genting Cable Car Jatuh...

inilah berita yg tak dilaporkan dlm berita utk umum...
Date: Wednesday, 23 February, 2011, 8:33 PM
GENTING CABLE CAR FELL DOWN-(not reported in news)

Thursday 10 March 2011

Maharja Lawak

Lepas habis Raja Lawak ke 5, ASTRO akan beralih ke Maharaja lawak.. finalis-finalis Raja Lawak dari season 1 sampai season 5 akan berentap untuk memegang takhta MahaRaja Lawak... pecah perut la kita yg menontonnya... tambah pecah perut lagi bila zizan dan johan bergabung...

Tuesday 8 March 2011

Fenomena Facebook

ini personal opinion saya.. setiap org ada pendapat masing2 kann...
facebook sekarang ni dah jadi mcm satu fenomena.. dah macam satu kewajipan dah semua org utk ada account facebook... even mak dan ayah saya pun ada account fb... adik sy yg darjah 3 pun ada acc fb. kawan2 pulak hampir semua ada acc fb... dulu2 masa fb x glamor lagi kat malaysia ni, semua org guna friendster. la ni... sape tak der fb dikira ketinggalan zaman, sape yg masih dgn friendster di kira outdated jugak... camner tu yer? walhal sama je.. dua-dua pun social network.anyway, bukan itu yg saya nk bicarakan... ape yg sy nk kongsikan adalah positif dan negatif fb ni... mengikut pengalaman dan pemerhatian saya saja laaa....

Friday 4 March 2011

Life's a journey, not a destination

life's a journey... and it will never end even though we are down under the ground... sbb ape yg kita buat, it's a legacy to the next generation... even sometimes we think we have things to achieve, we have sumthing that we targeted to have or to own, and that's actually a destination.. still it never ends there...

Thursday 3 March 2011

Kunjungan pertama ke RFC Ipoh

lepas keje tadi saya dan suami mengunjungi RFC Ipoh yg baru dibuka di taman Alkaff, Silibin Ipoh. well, pada mulanya sy sgt teruja sbb dah lama nk mkn rfc.. last sekali sy mkn di sg.petani tahun lepas... bila dah ada kat ipoh ni.. excited laaa...
tp sayangnya, servis tidak memuaskan. kaunter staff yg slow.. stok mknan yg tak der, air bikarbonat yg hanya ada flavor oren jer...... well, maybe sbb restoran ni baru. but that shd not be a reason. patutnya yg baru la dilengkapkan dgn semua menu yg ada... sbb ni first impression org ramai... dan nk mempromosikan produk... mungkin ada masalah2 tertentu yg kita tak tahu kenapa jadi begitu.. tp syg seribu kali sayang...
sy sertakan beberapa snap foto utk tatapan anda...

Wednesday 2 March 2011

RFC IPOH KINI DI BUKA

Kepada penggemar produk HPA atau lebih dikenali sebagai Radix, kini RFC atau Radix Fried Chicken telah pun membuka cawangan yang pertamanya di Ipoh. bertempat di Silibin, satu row dengan kedai tayar Continental.
sudah masanya ummat Islam berganding bahu menyokong produk halal atau produk yang berlandaskan Islam sepenuhnya... tanpa ragu lagi.. boleh la kita menjadi pengguna bijak.. beralih dari jenama matsaleh kepada jenama produk Islam... bermula la episod menjenamakan produk islam....
Pilihan ditangan anda... pilihlah mana yg anda rasa terbaik utk diri anda.. tepuk dada tanya selera...

**Esok InsyaAllah sy akan ke RFC Ipoh utk mencuba sendiri produk2nya... tak perlu lah saya ke sg. petani lepas ni...

Tuesday 1 March 2011

Dinar Emas Dirham Perak Negeri Kelantan

walaupun Negeri Perak telah pun melancarkan Dinar Emas Dirham Perak negeri tersebut, tp jgn dinafikan bahawa perintis kepada pelaburan dinar emas dan dirham perak ini datangnya dari Negeri Kelantan. Kerajaan Negeri Kelantan telah terlebih dahulu melancarkan matawang emas ini. Nak tau lebih lanjut bley klik kat link ni http://www.dinarkel.com/

Syabas Tuan Guru Nik Aziz dgn kejayaan kerajaan pimpinannya

Dinar Emas Dirham Perak

baru-baru ini, 28 Feb 2011, YAB MB Perak Datuk Seri Dr Zambry telah pun melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak Negeri Perak Darul Ridzuan untuk simpanan dan pelaburan.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.

KENA SCAMMED DGN EMAIL DARI MAYBANK.COM

geng... klo anda dpt email dari maybank kononnya.. m2u@maybank.com.my sila jgn buat ape2 pun yg disuruh kerana ia adalah scam. sy baru dapat email td.. slama ni dok tgk org post kat fb laa... anta email la citer pasal scam ni.. tp tak pernah pun sy dpt, tup2 hari ni dapat pulak email sebegini... sila jgn percaya yer...
saya nasihatkan anda jgn login or masuk page mana-mana online banking anda dgn click pada url yg diberikan... bahaya...
ni sy pastekan email yg sy terima:

Monday 28 February 2011

Permohonan untuk Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) kini dibuka

untuk lepasan ijazah yg berminat utk menjadi guru atau ape saja alasan anda, tp nk jadi guru.. heheheh.. bley la memohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah di http://upu.mohe.gov.my/

Sunday 27 February 2011

Sale bayaran saman hingga 50%,,,

wahhh... hari ni  28 feb 2011 hari last utk bayar saman dgn discount 50%. berita smlam kata tempoh 6bulan yg diberikan takkan dilanjutkan.. so td, ramai la manusia yg beratur utk membayar saman... di saat-saat akhir ni.. termasuklah aku... hehehehehehehe...
pagi2 pukul 7 dah 2km pjgnya manusia beratur utk membayar saman di IPD. IPK pun dah cukup ramai dah makhluk yg berator... aku amik la langkah 'bijak' utk membayar di pejabat pos. tp pejabat pos yg agak jauh dari pekan dan populasi penduduk yg tidak terlalu ramai...

Hari ini Milik Anda

dari buku La Tahzan versi Bahasa Melayu....

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. oleh itu, tidak perlu memikirkan hari kelmarin yg telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yg menghiasinya... tidak juga dgn hari esok yg belum tentu datang....

Syarikat MLM dan produknya

hari ni rumah kami dikunjungi seorang kenalan. dengan tujuan utk mengajak kami join MLMnya.. menjadi downlinenya.. promote produknya...
not to condemned, but actually aku nk salute insan ni sbb dgn gigih mengajak kami sertai MLMnya.. dari marketing plan.. ke produk.. sampai la kaitkan batuk dan demam anak aku dgn kurang antibodi dan perlu spirulina..

Friday 25 February 2011

Pilihan yang terbaik ke tu...??

just to share...
when we talk about choices, selalu kita pikir adakah pilihan itu yg terbaik utk kita... adakah betul apa yg kita pilih... well.. bukan nk ckp pasal pilih jodoh.. saja je nk relate dgn situation sekarang, sy sedang buat pilihan, kamera mana yg sy nk beli... tetiba rasa nk menulis di sini...
biasa.. biasa sgt sy dengar ungkapan, betul ke pilihan aku ni.. especially di kalangan kawan2 yg akan mendirikan rumahtangga..

Rasional Realiti TV in my own opinion

bukan berkisar kehebatan realiti tv.... pandanganku..
terlalu byk realiti show yg ada di kaca tv sekarang ni.. terlalu byk dan pelbagai corak serta skema shownya... well well well.. bukan nk menghukum atau menilai sesiapa... terpulang pada individu, dan terpulang pada saya.. ini blog saya.. keh keh keh...
ke mana sgt la artis2 realiti ni.. x nampak pun hala tujunya..

Thursday 24 February 2011

Quote of the day: Yang Lalu Biarlah Berlalu

bak kat omputih... the past is pass...

bukan nk kata jangan tengok langsung ke belakang.. cuma, apa yg telah berlaku kita muhasabah dan gunakan pengalaman samada pahit atau manis sebagai pengajaran. kita hanyalah manusia biasa biarpun darah kita berlainan jenis... tetap mengalami proses pembelajaran di sepanjang kehidupannya...

Wednesday 23 February 2011

Quote of the day: Renungkanlah dan Bersyukurlah

... Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun batin.. <Surah Luqman; ayat 20>


bermula Quote yg pertama dari buku La Tahzan yang telah dialihbahasakan kepada Bahasa Melayu keluaran Al-Hidayah yang memberi maksud Jangan Bersedih. InsyaAllah saya akan cuba untuk berkongsi setiap juzuk dlm kitab ini utk kita renungkan bersama....

UNTUK SUAMI ISTERI YANG SELALU BERGADUH

cerita ni saya ambil dari email yg saya dapat dari sahabat2 saya.. sebab hari ni je dah 2 email yang sama.. so sy postkan la kat sini...

Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3
orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya
pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai,
mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Tuesday 22 February 2011

New to blogging world.. but old enuf to writes...

terlalu baru dlm dunia blogging ni.. tp cukup lama untuk menulis ape aje yg tersirat dan tersurat dlm minda ni...
semoga hari kita indah dan sentiasa dirahmati Allah...