... Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun batin.. <Surah Luqman; ayat 20>
bermula Quote yg pertama dari buku La Tahzan yang telah dialihbahasakan kepada Bahasa Melayu keluaran Al-Hidayah yang memberi maksud Jangan Bersedih. InsyaAllah saya akan cuba untuk berkongsi setiap juzuk dlm kitab ini utk kita renungkan bersama....
Renungkanlah dan bersyukurlah... bunyi macam senang... tp sedar tak kita, kita adalah manusia yg sering lupa untuk merenungi dan bersyukur segala nikmat yg Allah berikan. saya sendiri pun begitu.
Tak payah pikir jauh. daily life kita sendiri pun... bila hujan kita kata " alamak, hujan pulak.. camner nk sidai kain ni.. camner nk pegi berkelah ni? sejukkk nyer hujan...bila la hujan nk berhenti ni.. " then bila panas pulak "panasnyer... kat luar tu panas sangat.. tak tahan lahh!! kain jemur kejap je dah kering. nk kuar rumah pun tak bley.. panas sgt.. bila la nk hujan ni.. biar la sejuk sikit udara"
betul kan...? ramai antara kita macam ni. dah macam serba tak kena. panas pun tak bley, hujan pun tak bley...
bukan setakat panas hujan jer.. byk lagi dlm hidup kita yg kita tak puas hati terhadapnya.. cthnya gaji kita. gaji sikit (tp cecah juga 3k) tak cukup nk blanja bulan2 nk bayar semua hutang2... tp pernah tak kita fikir org yg gaji dia lagi sikit dari kita dan org yg tak dpt kerja pulak...
ada byk lagi dlm hidup ni yg slalu kita lupa akan nikmatnya. atau dalam erti kata lain... kita lupa utk bersyukur setiap apa yg Allah kurniakan... so... muhasabah lah diri kita... muhasabah setiap nikmat yg kita dpt, muhasabah setiap khilaf yg kita buat...
jumpa di lain lembaran... :)
0 comments:
Post a Comment