Assalamualaikum w.b.t
Salam Aidilfitri.. dah penghujung syawal baru ada kesempatan mencoret salam lebaran di blog ni...
Nak cerita pasal lebaran, tiada apa yang menarik utk diceritakan... tp.. ada kisah yang ingin saya kongsi kepada anda yang membaca blog ini (if ada org baca laa..)
Teringat suatu ketika, wujudnya sengketa antara sahabat berdua... berlarutan sengketa dari sebelum Ramadhan hingga ke Syawal.. Biarpun tangan dihulur, maaf dipinta dengan penuh keihlasan, namun sengketa itu tetap ada.. mungkin dendam masih berkalang, biarpun tidak diketahui apa asbabnya.. mungkin amarah itu masih jitu, biarpun tidak diketahui apa salahnya.. ataupun, mungkin hati itu terlalu keras, ego menyalut kesucian jiwa... maka biarpun maaf dipinta, tiada sudi untuk memberinya..
Marah mmg marah... kedua-dua sahabat ada sebab masing-masing utk marah.. Siapa yang tidak melakukan kesilapan.. kita ni manusia biasa, yang sentiasa punya khilaf.. kita bukan maksum. sebab itu kita perlu sentiasa bermaaf-maafan dan memaafkan sesama insan. dan selepas tu.. sepatutnya hati ini mampu suci dan bersih dari dendam dan amarah...
Namun yang sepatutnya terjadi tidak terjadi.. berlarutan marah itu hingga kini.. Syawal sudah dipenghujung.. namun sengketa tidak bertepi.. dicuba senyum, dicuba tegur.. tetapi tidak mendapat tempat dihati.. bila cuba untuk mengambil berat.. biarpun sekadar berbasa basi, di keji dan dihina di status fb. hajat dan niat hanya untuk bertanya khabar, adakah mungkin musibah menimpa.. niat itu sekadar kerana dia teman sekerja, supaya tidak berlarutan sengketa, tetapi sayangnya, manis didepan, berkalang sumpah sebaik berpaling dari penglihatan.
Mungkin Allah tidak izinkan lagi hatinya lembut untuk melepaskan amarah yang membelenggu diri. oh sayang seribu kali sayang.. sahabat berdua ini suatu ketika sungguh akrab sekali... rahsia diri sama dikongsi... masalah hati sama di tangani... salah dan silap sama-sama diperbaiki. Namun kini semua jadi history.. tiada lagi tawa dan gurau senda... tiada lagi cerita suka dan duka.. yang ada hanya ungkapan sinis dan sindir..
Sahabat berdua ini tidak lagi bertegur sapa, apatah lagi bergurau bersama. sakit di hati hanya Allah yang tahu. Rindu terhadap persahabatan itu, jua hanya Allah yang tahu... Namun tiada yang beria mahu mengubat sengketa. Entah di mana silapnya.. mungkin tiada jodoh antara mereka, untuk menjadi sahabat suka dan duka. Tiada lagi ungkapan dari bibir sesama mereka... pesanan disampai melalui jari-jemari di status FB. Namun dengan jelas, amarah si sahabat yang seorang tu sungguh berkalang... pesanan ditulis biar tiada bernama, sungguh jelas dan nyata untuk sahabatnya... tidak perlu bertanya, tidak perlu bersangka.. kerana jelas pesanan diterima.. dek tidak mahu berpanjangan buruk sangka... maka sahabat nya remove kan dia dari friendlist.. bukan kerana berputus asa, tetapi tidak mahu menambah lara.. tidak mahu juga menambah sengketa. Biar apa yang mahu dikata.. itu hak dia, tulislah apa sahaja.. kerana fb tu akaun fb dia.. Maka, dengan penuh dukacita, tidak mahu lagi untuk mengambil kira, tidak mahu lagi untuk bermuram durja.. apatah lagi untuk menyimpan bara... lebih baik tidak diketahui segala yang dikata... tidak perlu juga si penyampai durjana.. yang bikin onar mencipta sengketa.. tiada ingin ditahu apa jadinya, biar bahagia biar terseksa, sahabat berdua tiada lagi bersama.
Aku menulis kerana dia sahabat ku.. aku menulis kerana aku tidak tahu apa salahku.. sahabat ku menjadi sengketaku... biar di hati penuh tanda tanya, biar di hati rindukan dia.. tapi aku rasa cukup sampai di sini sahaja,... kerana sahabat di dunia boleh ku cari merata-rata.. namun sahabat di akhirat itu yang ku damba.. membawa aku ke jalan Allah.. tegur dan nasihat memperbaiki ukhuwah.. Supaya aku lebih baik dalam menjadi hamba Allah...
Duhai semua yang pernah menjadi sahabatku... Aku memohon ampun dan maaf.. memang banyak silapku.. memang banyak salahku... Hatta aku penuh kejahilan.. namun kumohon keampunan jua dari Allah dan supaya aku menemui sahabat yang bisa membawa kearah redha Nya.. yang sentiasa menasihati setiap kekhilafan. bukan sekadar mencerca dan mengata.. biar pahit didengar telinga.. biar sakit hati menerima.. namun jika itu hakikatnya.. sama-sama kita beredar dari alpa.. alpa dalam menjadi manusia yang Maha Pencipta...
0 comments:
Post a Comment