Assalamualaikum...
Lama sungguh saya tak jenguk ke blog sendiri.. alahaaiiii... Allah bagi kita masa sama rata.. semua dapat 24 jam... tp kita sendiri lah kena pandai bahagi-bahagikan masa supaya tidak tercicir yg dikendong.. dan tidak terlepas yang dikejar..
Terlalu banyak benda yg saya kejar dalam hidup.. inginkan kejayaan dalam kerjaya dan pelajaran.. ingin mencapai apa yg dicitakan.. ingin mendapatkan apa yg diidamkan... banyak keinginan.. banyak kehendak.. ada yg sememangnya keperluan.. tp lebih banyak keinginan...
Menjadi seorang ibu dan isteri yg bekerja, belajar dan mencari peluang untuk menambah nilai hidup.. bukan sesuatu yang mudah... Akibatnya inilah.. tak bukak-bukak blog sendiri.. heheheh.. bukan apa.. kena kurangkan masa untuk aktiviti yang kurang penting.. demi memberi tumpuan kepada perkara yang menjadi prioriti....
Beberapa minggu dulu.. terlalu banyak bebanan yang diletakkan di bahu dan kepala saya...
dengan tugasan kerja.. dengan tugasan dari lecturer.. dengan paper projek.. projek jabatan, projek sarjana muda, projek projek projek.. at the same time ada 3 projek nak kena buat paper dan semuanya ada dateline... ohh... tidurku tidak lagi cukup.. malam ku tidak lagi diulit mimpi.. siangku tiada lagi rutin yg biasa.. semuanya dipenuhi dgn tugas dan tanggungjawab...
Malah masa kualiti bersama anak dan suami pun rasanya hampir tiada dalam tempoh beberapa minggu itu.. well, saya tau.. dalam setiap kepayahan yang sedang dialami, ia pasti akan berakhir dan berlalu pergi.. cuma masa dan ketikanya tidak kita ketahui..
Alhamdulillah.. masa yg kritikal seperti itu telah dapat saya atasi..
Dalam tempoh keadaan di mana masa tidur yg hanya 9mlm-12mlm.. kerja yag berterusan tanpa henti.... saya bertemu dengan beberapa orang penting yang memberi saya kesedaran secara tidak langsung... supaya tidak sesekali merasa apa yang kita alami itu sebagai satu kepayahan, sebaliknya sebagai satu cabaran.. dan enjoy setiap halangan dan rintangan yang dilalui dalam cabaran tersebut
Seorang wanita ini, yang merupakan pegawai di sebuah jabatan kerajaan, ketika saya bermesyuarat dengannya, kami berbual seketika dan saya berkongsi 'cabaran' yg sedang saya alami ketika itu, dan beliau tanya saya.. "tak tido langsung ke, atau tido kejap je..?" then saya bg tau saya tido dari pukul 9/10 mlm sampai pukul 12 tgh malam.. kemudian berjaga sampai ke siang.. apa yg buat saya rasa saya masih belum berada dalam kepayahan yang amat sangat ialah apabila beliau berkongsi kisahnya yang hanya tido selama 1 jam setengah.. setiap hari.. kerana perlu mengambil masa yang lama utk bangun dari katil.. oleh kerana tidak mahu memberi alasan kesihatan untuk lewat ke pejabat, maka, terpaksa pendekkan masa tidur... ohh.. tersentap saya sekejap,... sbb ini bukan pilihan dia.. dia terpaksa akur dgn masa tersebut atas faktor kesihatannya..... dan dengan itu saya pun bersyukur atas nikmat yang saya nikmati... so... stop complaining..!!
Dan begitu juga apabila saya merasa kepayahan terpaksa berulang dari Ipoh ke Penang hampir 12 kali... saya ingat saya paling dasyat sekali... tp sahabat saya.. terpaksa berulang dari Miri ke KL atas tujuan yg saa seperti saya... pembentangan projek, kuliah dan exam... soo... againn... Stop Complaining!!!
Kesimpulannya... walau apa sehebat mana kepayahan yang kita lalui.. ada org lain yg mengalami kepayahan yg lebih dasyat dari kita... sentiasa lihat mereka yg lebih less fortunate supaya kita stop complaining dan sentiasa ada sifat gratitude... bersyukur kepada Allah setiap nikmat yg dialami...
Hanya kepada Allah kita memohon... hanya kepada Allah kita mengadu.. kerana Dia sahaja yang Maha mengetahui.. Dia saja yg Maha Mengasihi... dan Maha Mengasihani.... Senyum while you go along the road... sbb senyuman itu mmg mampu mengurangkan stress... dampingi Al-Quran, kerana ia penenang jiwa... Hari-hari yang berlalu tidak akan kembali.. jadi hargai setiap apa yg kita miliki... tempuhi setiap cabaran yang datang.. :)
0 comments:
Post a Comment