Monday, 21 November 2011

Bola sepak akhir SUKAN SEA 2011 dari perspektif saya..

Alhamdulillah... Team B23 Harimau Muda kita berjaya meraih emas dlm perlawanan bolasepak menentang tuan rumah Indonesia dia Stadium Gelora Bung Karno.

Perlawanan yang mendebarkan dan penuh dengan drama. Saya sendiri tidak ketinggalan menonton perlawanan di kaca tv di rumah bersama suami dan anak kecil kami... Purposely tak kasi si kecik itu tidur.. sbb nanti xleh nk kuatkan suara.. tp si kecik tu bertahan sampai pukul 11 jer.. dan masa jaringan kemenangan oleh Badrol Bakhtiar dilakukan, tindakan refleks kami berdua yg menjeritkan gol telah menyebabkan si kecik itu terkejut.. heheheheh.. sorry yer sayang..

Memang perlawanan amat sengit dan semua pemain, baik pemain Malaysia ataupun Indonesia memberikan saingan yang hebat antara satu sama lain.. dan memberikan komitmen yg 200% terhadap perlawanan. dengan kemenangan ini, terubatlah hati atlet negara dan penyokong Malaysia terhadap segala perkara buruk yang diperlakukan terhadap atlet nasional. kena boo, malah semasa lagu negaraku dimainkan dan bendera Malaysia dikibarkan, penyokong Indonesia tidak hormat.
malah ada juga kontroversi terhadap bendera Malaysia, termasuklah para media yg dihalau dari membuat liputan. begitu juga dengan coach OKS yg 'dibuang padang'. malah atlet kita ada yg keracunan makanan.. kita seolah-olah di sabotaj oleh tuan rumah. betul atau tidak, hanya Allah yang tahu.

Well, saya bukan nk mengulas sukan.. sebab saya sendiri pun baru saja mengenali sukan bolasepak, dan baru je bukak mata nk tgk game2 utama setelah berumahtangga.. kalo tidak.. sorry laa.. sekarang ni baru la nk amik tau ape itu offsite, ape itu penalti dan siapa player.. semuanya sejak berumahtangga..
Malah sekarang ni, dah ramai yang mengenali players kita.
ramai dah ambil berat pemain bola sepak kita. klo tidak dulu.. Badminton, Boling, Squash.. itu yg glamer.. sekarang ni, pemain bolasepak pun dah macam artis.. byk pulak gossip liar.. pergerakan dan perlakuan mereka selalu diberi perhatian. bagus.. it's a good sign.

Malah, yg paling menggembirakan, game bolasepak kini tidak lagi berlangsung semasa azan dilaungkan. Dulu saya selalu mengeluh, kenapalah game time maghrib.. tp kini, alhamdulillah.. kesedaran itu ada.. game berlangsung samada lepas Asar atau Lepas Maghrib. ALHAMDULILLAH..

Apa yang boleh dilihat dari player kita, mereka mmg tidak berputus asa walau sedetik pun dlm sepanjang permainan. 120 minit,... wahhh!!
mmg satu jangkamasa yg lama.. saya yg dirumah pun asyik tgk jam jer.. rasa mcm tgh seat for an exam pulak... tp setiap minit itu satu peluang. dan pasukan Harimau kita mmg all out menentang Garuda. Biarpun bergegak gempita stadium dgn laungan dan sorakan dari penyokong Indonesia.. tp pasukan kita tetap kuat menghadapi setiap serangan. Bangga menjadi rakyat Malaysia.

dan, perlawanan ini menyatukan byk pihak.. tak kira apa agamanya, apa bangsanya, apa pegangan politiknya.. semua memberi sokongan yg padu terhadap pasukan negara. alangkah indah jika penyatuan ini berkekalan..

Apa natijah yg dpt diperolehi dari game mlm td yer...

pada awal minit ke 5 kita dah diasak dan Garuda mendapat gol pendahuluan, pasukan kita kecewa... namun itu tidak mematahkan semangat mereka.. dan mereka terus mengasak dan terus membuat cubaan jaringan bertalu-talu... kejayaan garuda membolosi gol kita mmg memberi mereka booster untuk membuat percubaan demi percubaan dan akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke 30. tiada putus asa.. malah ia memberi semangat yg padu utk skuad kita...

dan apabila kita membuat gol penyamaan, Indonesia bangkit dan juga membuat serang demi serangan..klo ikutkan kedua-dua pasukan berjaya menjaringkan gol.. tp semuanya offsite.. biarpun kita berjaya, namun kesilapan itu berlaku dan ia tidak mengiktiraf kejayaan gol tersebut.

Semasa perlawanan, bertubi2 attack yg diberikan, kad kuning dan amaran berkali-kali diberikan pada kedua-dua pasukan.. ada yang injured.. ada yg letih.. dan ada yg ditukarkan.. malah ada yg dimaki.. namun, bila tamat perlawanan, mereka terima keputusan dgn redha dan mereka masih boleh bersalaman antara satu sama lain... inilah semangat kesukanan.. dalam padang kita lawan, tp bila perlawanan berakhir, kita kawan...

ada beberapa pemain kita juga turut dimaki dan dicaci.. adatlah.. bila penonton dan penyokong begitu emosi menonton perlawanan.. hakikatnya, cuba letak mereka di tempat player tersebut, adakah mereka boleh melakukan seperti yg dilakukan oleh player kita.. belum tentu bukan.. silap2 lagi kayu dari kayu... lagi bangku dari bangku.. hehehehehe... namun, atas fokus dan semangat kesukanan, mereka tetap memberi yg terbaik dan menerima setiap teguran dan kritikan dan kutukan dengan membina...

nah... disinilah kita gunakan pengalaman bola tersebut dan cuba aplikasikan dalam hidup kita...
biarpun kita kecewa pada permulaan hidup kita, bg yang berniaga, mengalami cabaran2 dlm perniagaan. melihat pesaing2 yg ligat berbisnes, maju dan berjaya.. tp kita masih begitu, dan tersungkur selalu... tp kita tidak putus asa terhadap kehidupan.. kita tidak ragu-ragu terhadap peluang yang Allah berikan.. masih terus bangun dan berusaha dgn lebih gigih dlm mencapai matlamat kejayaan..

dalam mencari kejayaan dan mencapai matlamat, kita melakukan kesilapan. kita mencuba dan terus mencuba. kita mengambil langkah yg kita kira baik utk kita, dan langkah itu kita rasakan akan memberi kejayaan.. namun sayang sama sekali.. ianya kesilapan yang menyebabkan kita menyesali tindakan itu .. ohh.. dont be.. people make mistakes.. dan kita ni insani.. yg bukannya maksum. jika kesilapan itu terhadapt manusia.. pohonlah kemaafan dari mereka.. jika kesilapan itu terhadap Allah.. sesungguhnya Allah Maha Pengampun, mohonlah ampun daripadaNya. namun, kita harus bangkit dari kesilapan.. dan bukan meratapi tetapi tiada perubahan. Kita perlu bangkit dan memperbaiki kesilapan tersebut supaya ia tidak berulang lagi...

dalam melaksanakan tanggungjawab, kita tidak sempurna.. dan bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.. ada yg suka, ada yang menyokong.. tp ramai juga yang mengeji, yg menghina.. yg mencaci.. well, istilah yang sepatutnya saya guna.. mengkritik.. itulah yang sepatutnya menjadikan kita lebih baik dari semasa ke semasa. ambillah kritikan itu sebagai post moterm utk kita perbaiki modes operandi kita dlm melaksanakan tanggungjawab. sokongan dan pujian itu adalah complement namun jgn biarkan ia membuatkan kita hanyut dalam sungai kita sendiri...  sebab kita memerlukan kedua-duanya.. sokongan dan pujian utk kita terus teguh melaksanakan cita-cita. kritikan pula sebagai cabaran dan medium utk kita rujuk dalam memperbaiki diri..

orang disekeliling kita, ada yg lawan ada yg kawan.. dalam merencanakan dan melaksanakan sesuatu, yg lawan tetap lawan.. yg kawan tetap kawan.. namun, bila usai segala perlawanan, lawan boleh kita jadikan kawan.. dan kawan boleh dijadikan sahabat..

saya teringat perihal seorang sahabat.. di mana suaminya adalah seorang juruukur tanah. semasa di awal pembabitan beliau dalam perniagaan ini, dia mengikut seorang kawan yang merupakan juruukur berlesen. sahabat saya merasakan suaminya dibuli, kerana kerja yang susah dan payah.. dan meletihkan.. tp upahnya tidak setimpal. malah sahabat saya itu pernah menyuarakan rasa tidak puas hati itu kepada suaminya dan menyuruh suaminya itu berhenti dari mengikut kawannya itu, namun apa jawab suaminya...
"biarlah.. dgn cara tu abang byk belajar... bila dia suruh abg buat macam2, abg boleh belajar. bila ada masalah, dan dia tidak mahu menyelesaikan, abg dpt selesaikan.. dan sekarang abg dah jadi juruukur dah pun.. dah bergerak sendiri.. malah dah ada pekerja. kalau kawan abg tak buat camtu.. ntah bila abang dpt buat sendiri." dan kini bila suami sahabat saya itu tidak terkejar utk menyiapkan semua projeknya, dia akn beri pada kawan yg membulinya dulu.. dan kawan tu pulak yg segan silu...

semua yang berlaku adalah proses pembelajaran.. jika kita melakukan kesilapan jgn segan silu untuk membetulkannya.. jgn pulak kita mengulangi kesilapan lalu.. enough is enough..
kita yang menentukan perspektif hidup kita.. kita yg meletakkan KPI hidup kita.. sejauh mana kejayaannya.. sejauh mana pencapaiannya.. therefore, kita harus terus positif dan melihat setiap apa yg berlaku dari sudut positif. dan yang PALING PENTING.. tiada apa yg akan terjadi tanpa kehendak ALLAH. so, kita harus byk berdoa dan memohon dari Allah..
sebab Allah adalah pendengar setia.. dan Allah Maha Memahami.. dan Dialah yang lebih mengetahui atas sesuatu.

wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment