Monday, 28 November 2011

Apabila Harimau tumpul taringnya..

Assalamualaikum..
Hari ni, isu pagi di ERA adalah berkenaan kegagalan skuad Harimau Malaya memenangi perlawanan dengan Bahrain tempohari..
Nampaknya rata-rata pemanggil tak puas hati dgn permainan yang ditunjukkan oleh pasukan kita di saat-saat akhir perlawanan. kesian.. ada yg menyatakan Harimau Malaya patut di hina.. dan ada media yg buat topik di bahagian sukan satu suratkhabar "Harimau Muda memalukan Negara". 
Kesian pulak dgn mereka.... mendapat kecaman hebat dari penonton.. bila menang kejayaan di sorak.. dipuji melangit dan melambung.. bila kalah.. dikecam hebat... 

AKU MAAFKAN KAMU

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi

Monday, 21 November 2011

Bola sepak akhir SUKAN SEA 2011 dari perspektif saya..

Alhamdulillah... Team B23 Harimau Muda kita berjaya meraih emas dlm perlawanan bolasepak menentang tuan rumah Indonesia dia Stadium Gelora Bung Karno.

Perlawanan yang mendebarkan dan penuh dengan drama. Saya sendiri tidak ketinggalan menonton perlawanan di kaca tv di rumah bersama suami dan anak kecil kami... Purposely tak kasi si kecik itu tidur.. sbb nanti xleh nk kuatkan suara.. tp si kecik tu bertahan sampai pukul 11 jer.. dan masa jaringan kemenangan oleh Badrol Bakhtiar dilakukan, tindakan refleks kami berdua yg menjeritkan gol telah menyebabkan si kecik itu terkejut.. heheheheh.. sorry yer sayang..

Memang perlawanan amat sengit dan semua pemain, baik pemain Malaysia ataupun Indonesia memberikan saingan yang hebat antara satu sama lain.. dan memberikan komitmen yg 200% terhadap perlawanan. dengan kemenangan ini, terubatlah hati atlet negara dan penyokong Malaysia terhadap segala perkara buruk yang diperlakukan terhadap atlet nasional. kena boo, malah semasa lagu negaraku dimainkan dan bendera Malaysia dikibarkan, penyokong Indonesia tidak hormat.