Friday, 29 April 2011

Bayangan First love?

terpanggil untuk buat topik ni... sebab ada seorang sahabat baru-baru ini meluahkan rasa hatinya yg terpendam gara-gara termimpikan kekasih lamanya yg merupakan first lovenyer...
hhmm.. kaum wanita ni pada dasarnya mmg kalo dah chenta, kekasih tu buat macamana pun tak pe.. kena penampor, kena hempuk dgn helmet, even kena maki hamun.. mmg org wanita ni tak kisah... sbb dah sayang kan... itulah antara kandungan luahan perasaan yang diceritakan oleh sahabat saya tu.. dia teringat-ingatkan kekasih lamanya, kerana pada suatu ketika setelah mereka bukan lagi pasangan kekasih, si lelaki itu ada menghubunginya, meminta maaf, menyesal atas perbuatannya, dan merayu utk sahabat saya tu pulang ke pangkuannya..

Saturday, 23 April 2011

Berhati-hati untuk penjawat awam

Berita penjawat awam ramai yg muflis bukanlah satu perkara yg luarbiasa.. sudah tercanang dlm media massa perihal kemuflisan mereka, especially golongan muda...
ape penyebab berlakunya perkara ini??byknya sbb hutang kredit kad, loan peribadi, dan sebagainya.. saya sendiri pernah melihat payslip seorang kakitangan kerajaan yang baki gaji bawa balik hanyalah RM50. Yang lain adalah potongan hutang yg dibuat. hutang bank lah, hutang koperasi lah... macam2 lagi... sebenarnya perkara ini kritikal.. bukan perkara remeh dah...

Monday, 18 April 2011

Mencari tenang di hati...

aku bukan mencari Yusuf,
aku bukan mencari Muhammad,
aku cuma mahukan dia
yang hanya manusia biasa
yang tiada sempurna padanya

aku bukan mahukan emas permata
aku bukan nafsukan pujuk manja
aku cuma mahukan kehidupan yang sederhana
namun cukup untuk kita sekeluarga

aku bukan meminta minta
aku bukan mengadu domba
aku cuma ingin bersuara
mencari ketenangan dalam karya

secukupnya aku cuba memahami
keadaan yang masih belum pasti
namun aku juga hanya insani
yang ada iri di hati

aku bersyukur punya keluarga yang memahami
mendesak tidak menyuruh tidak
mereka hanya memerhati dan simpati
membantu bila aku perlu berdiri

peduli aku dengan mereka yg tidak mengerti
hanya mendesak meminta itu ini
sedikit pun tiada simpati
sedikit pun tidak cuba memahami

peduli mereka dengan kepayahan kami
peduli mereka dengan apa yg kami hadapi
hanya tahu mencari kesalahan diri
hanya tahu meminta itu ini...