terpanggil untuk buat topik ni... sebab ada seorang sahabat baru-baru ini meluahkan rasa hatinya yg terpendam gara-gara termimpikan kekasih lamanya yg merupakan first lovenyer...
hhmm.. kaum wanita ni pada dasarnya mmg kalo dah chenta, kekasih tu buat macamana pun tak pe.. kena penampor, kena hempuk dgn helmet, even kena maki hamun.. mmg org wanita ni tak kisah... sbb dah sayang kan... itulah antara kandungan luahan perasaan yang diceritakan oleh sahabat saya tu.. dia teringat-ingatkan kekasih lamanya, kerana pada suatu ketika setelah mereka bukan lagi pasangan kekasih, si lelaki itu ada menghubunginya, meminta maaf, menyesal atas perbuatannya, dan merayu utk sahabat saya tu pulang ke pangkuannya..
Alhamdulillah itu tidak terjadi... sahabat saya itu kini telah bersuami, dan sudah pun mempunyai seorang anak... sebenarnya, kalau teringatkan first love itu adalah perkara normal... itu adalah dari pengalaman kawan2 saya..sedaya upaya saya cuba utk memahami, walaupun dari logik akal ia tak sepatutnya berlaku kerana masing2 telah pun berkeluarga, namun bisik2 syaitan itu tetap ada... sy bersyukur kerana first love saya adalah pasangan hidup saya, tp sy bukan first love dia... mungkin ada juga secebis perasaan teringatkan first lovenya itu bermain di mindanya... well, still saya harus menganggap itu adalah perkara biasa..
kerana ia adalah kenangan. mungkin indah pada mereka.. mungkin kenangan yg susah dilupakan.. malah, mungkin juga pasangan hidupnya kini tidak punya sifat2 seperti first lovenya dulu.. mungkin ada yg terkurang.. well, lumrah manusia.. lumrah... kekurangan pasangan mereka selalu di ambil kira.. selalu di ambil sebagai merit.. tetapi kelebihan pasangan itu jarang sekali dinilai.. dan jarang dihargai... itu lumrah... biasala.
people tend to take things for granted.. maka, bg mereka yg tetiba merasakan pasangan mereka itu kurang memberikan apa yg dimahukan, maka apa lagi, dibanding2 kan dengan kekasih lamanya.....
malah, bg mereka yg Allah nk duga lebih, diduganya kesetiaan dan kejujuran terhadap pasangan kita itu dgn panggilan2 telefondari first love, kata-kata manis, janji2 palsu, cerita-cerita sedih, supaya kita rasa kasih padanya semula, ktia simpati padanya... ini bukan untuk lelaki sahaja.. wanita pun sama.. tak kira lelaki atau perempuan, kita masing2 ada potensi utk melakukan sedemikian.. dan bukan utk org muda sahaja.. malah yg telah berumur, dah bekeluarga dan beranak-pinak tidak terlepas dari ini semua..
ia bermula dengan sebuah panggilan telefon, berlarutan dengan panggilan yg lain, sms. mula-mula memang hanya sekadar bertanya khabar, then cerita tentang masalah, kemudian berlanjutan hingga menceritakan perihal rumahtangga, dan bermulalah semula imbasan kisah silam.. kenangan2 bersama.. maka, wujudlah pula ayat-ayat cinta... walaupun hanya dlm telefon.. tetapi ia memberi kesan kepada kehidupan pasangan itu.. ia berlaku... mcm drama kan..?? tp ia memang berlaku.. alahaiii.. meluat betul bila tengok pakcik makcik bercinta dlm telefon weiiii.... pakcik makcik yg masing ada isteri dan suami.... dan anak yg berderet...
hakikatnya, we need to live in real world... tak perlulah berfantasikan first love tu.. dan jika kita rasakan pasangan hidup kita ni ada kekurangan, jadilah pendorong utk pasangan kita menjadi lebih baik.. atau terimalah kekurangan itu.. mana ada org yg perfect...alaaa... first love tu.. time bercinta mmg la nampak perfect je... belum dapat... cuba lepas kawen tgk.. bangun pagi mulut busuk, kentut merata2, ikut dan je.. mmg pasti ada kekurangan dia.. sbb dia manusia.
hakikatnya, tak ada manusia yg sempurna, pasangan kita tu mmg Allah bg sesuai utk kita.. saling melengkapi.. masing2 ada kekurangan, maka masing2 kena la cover kekurangan itu.. Allah jadikan kita ni pasangan adalah untuk saling melengkapi... maka lengkapkanlah antara satu sama lain... tak perlulah kita terkenang-kenang kekasih lama... tak perlu la membanding-bandingkan isteri atau suami kita dengan ex-gf or ex-bf tu...
renung-renungkan...
**kalo rasa pasangan kita tiba-tiba berhubung dgn exgf or exbf tu.. cepat2 sedarkan pasangan kita tu... hempuk je dgn kusyen.. hehehehe...
0 comments:
Post a Comment