Sebaik sampai ke Kuala Terengganu kami ke Masjid Kristal yang terletak di Pulau Wan Man. Masjid yg penuh kontroversi, yg dulunya hanya boleh pergi ke sana dgn menaiki bot. tp kita dah ada jambatan, dan kita boleh ke sana hanya dengan kereta dan kenderaan2 beroda yg lain... nampak cantik kan.. dari jauh dah cantik.. menurut cerita, kubah masjid ni boleh berubah2 warna mengikut arah matahari. ianya adalah akibat biasan cahaya matahari yg berubah posisi mengikut waktu, dah perihal kubah masjid ni yg dibuat dari kaca. namanya Masjid kristal sbb kubah nyer nampak mcm kristal.. tp bukan la dibuat daripada kristal. di sini juga terdapat Taman Tamadun Islam yang mengandungi monumen2 masjid seluruh dunia. itu saya akan cerita dalam entry yg lain la yer.. ada gambo byk...
ada lagi perkara menarik di Kuala Terengganu : -
apa yg mengkagumkan saya adalah susun atur bandar kuala terengganu itu sendiri.... parking bertingkat, yg saya tak pernah nampak lagi.. walaupun dari jauh.. tp dpt juga la melihatnya.. lagi satu yg saya kagumi adalah strategic allocation utk bangunan2 pentadbiran sama ada untuk pentadbiran negeri ataupun persekutuan. ada satu Wisma Negeri yg ntah berapa tingkat ntah.. khas utk jabatan2 kerajaan negeri. semua ada di situ... dan juga wisma persekutuan yg berbelas tingkat tu.. semua ada di situ.. di tempat negeri tempat sy bertugas, bersepah-sepah bangunan pejabat kerajaan, baik negeri atau federal... huhhhh..
alaa... tak der pulak saya amik gambar kg.losong yang sepanjang bahu jalannya kiri dan kanan penuh dengan kedai jual keropok losong.. apa lagi.. borong laaa....
ada lagi satu trademark kuala terengganu, iaitu Pasar Payang.... biasa2 jer.. mcm pasar siti khadijah di kelantan, tp dapat juga saya sambar sepasang kain batik yg tak la mahal tp boleh laa dibeli utk tukar ganti...
best sebenarnya shopping di Pantai Timur ni.. brg makan murah2.. kalo pandai pilih kedai dan tawar harga, dpt lagi murah dari yg diletakkan....
...ok.. nanti sambung lagi AlKisah jalan-jalan ke Kuala Terengganu...
0 comments:
Post a Comment