Pagi tadi saya dihampiri oleh seorang makcik yang baru lepas mengambil beras zakat dari Majlis Agama Islam. Daif sungguh rupanya dan agak kesian... well, mungkin entry ni agak kejam.. atau mungkin ada yang mentafsirkan saya sebagai seorang yg arrogant atau sombong... baca dulu entry ni sampai habis baru kita buat conclusion yer... apa yg saya cuba buat adalah untuk menilai dari perspektif yg berbeza...
bukan apa, rasa kasihan, rasa simpati, itu adalah perasaan biasa yg terbit dari naluri sesorang yang mempunyai rasa kasih dan sayang... sesama manusia. apatah lagi sesama Islam. dalam kes ini, makcik tersebut telah approached saya dengan introduction menceritakan baju dia yang koyak, baju dia semua hasil org sedekah. dan dia dapat beberapa barang seperti telekung, sejadah dan kain yg disedekahkan oleh seseorang melalui Majlis Agama Islam. Dari satu ke satu masalah yg diceritakan... bermula dari pakaiannya yg koyak, beralih kepada dia yg baru sahaja keluar dari hospital (sy tak pasti makcik ni atau suaminya yg sakit, sbb sy agak blur bila di approach dgn cara tiba2) kemudian dia ceritakan pula dia tak pasti duit bantuan zakat bulanan RM300 dah masuk ke akaun ke belum. makcik tu kata dia nk naik blk ke bahagian zakat untuk bertanyakan perihal duit tersebut, tp masalahnya tak ada siapa yg nk tlg tengokkan beras yg dikendongnya... in another word dia takut beras dia hilang. so, saya pun menawarkan diri untuk menjaga beras dia sementara dia naik untuk bertanya kepada bahagian berkenaan. setelah beberapa minit berlalu, makcik ni pun kembali utk dapatkan berasnya, dan sekali lagi dia sambung cerita sedih dia yg tidak berkesudahan. rupa-rupanya duit zakat tak masuk lagi dlm akaun makcik ni, mungkin blum masuk lagi, or belum sampai tarikh untuk dibankinkan. maka, conversation diteruskan dengan ceritanya berkenaan bil elektrik yg banyak pada bulan ini, mencecah rm98, kemudian, perihal jarum suntikan yg perlu dibelinya setiap hari bernilai RM10 untuk sehari, sewa rumah RM100. well, sangat terperinci dan saya mula berasa kurang selesa dgn cerita makcik tersebut. apakah mesej yg cuba disampaikan. kemudian, dia meminta saya sehelai plastik untuk mengisi beras tadi. tp malangnya setelah sy cuba, tapi kat kantin pun tak der plastik tersebit... kemudian makcik ni bercerita lagi payahnya dia nak mengngkut beras sbb sakit pada tangannya.. dan tiba-tiba dia bgtahu dia tak larat nk jalan kaki blk ke rumahnya yg mungkin jaraknya dlm 500 meter... dan dengan tidak semena-mena seakan-akan memberi isyarat utk saya menyuruh kenalan saya menghantarnya pulang... but saya pun ckp la padanya "makcik, mereka ni sedang bekerja" .. maka makcik tu pun berlalu pergi.....
wahhh.. pangjang cerita ni.. tp sebenarnya panjang lagi... saya tak dpt nk tafsirkan ape sebenarnya yang makcik ni cuba buat. meminta simpati mungkin... tp, dengan tiba-tiba.. sambil saya menghala ke kafe, makcik ni menghentikan pergerakan saya untuk bercerita.. sehingga saya agak terpinga-pinga... dari satu masalah ke satu masalah.. dan di sebalik cerita itu saya pasti ada mesej yg cuba disampaikan...
at first saya ada rasa, adakah makcik ni cuba meminta-minta.. atau adakah dia sekadar bercerita... mula-mula ada rasa simpati, kemudian wujud rasa curiga.. dan akhirnya "adoi makcik ni cuba nyatakan ape.."..
dan akhirnya ia berlalu begitu saja... baru lah timbul rasa bersalah, kenapalah saya tak sedekahkah sedikit duit untuk makcik ni... kenapalah saya tak hulurkan bantuan kepada makcik ni,.......
dan baru sekarang saya ada rasa sesal..... well, actually tak der la sesal sangat... saya cuba untuk mentafsirkan dalam perspektif yang berbeza... well, hakikatnya, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan, dan segala kesenangan atau kesederhanaan atau kepayahan dan kemiskinan adalah dugaan Allah. dan saya hanya cuba untuk mengambil iktibar dari apa yang terjadi.
makcik ni pada sudut pandangan yg negatif saya, mungkin sedang cuba approach and spell me with all the hardness yang sedang dihadapi supaya saya menghulurkan bantuan maybe, or menghulurkan duit maybe.. who knows apa yang tersirat dihatinya melainkan Allah. apa yang saya dapat lihat, dalam hal ini mungkin dia tidak punya daya atau tiada jalan lain melainkan meminta simpati dari org lain.. <dan doa saya supaya saya dan keluarga dan rakan2 dan semua tidak senasib dengan makcik ni di kemudian hari>
dan bagi org muda yang ada khudrat, dan masih mampu bergerak pantas, adakah wajar kita samakan diri kita dengan makcik tu? adakah wajar kita persis makcik tersebut, in what ever reason, in what ever way, meminta-minta atau mengharap pemberian dari orang lain?? should we? absolutely not... dan in life nowadays, there are not many that we can hope to get it in easy way... well, tak dinafikan ada org yang agakk beruntung untuk mempunyai privilege dalam memperolehi apa yang mereka nak.. but we, we are on our own.. so dengan khudrat, kederat empat kerat ni la yang akan membantu kita mencapai apa yang kita impikan...
dan untuk diri saya... definitely saya tak mahu diri saya ends up macam makcik tu... so, berusaha, berdoa, dan tawakkal... hanya dengan Allah je kita boleh meminta-minta...
0 comments:
Post a Comment