Sunday, 22 May 2011

Iktibar Kejadian Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat

Menyayat hati, pilu dan amat meyedihkan bila saya menonton berita tanah runtuh di Hulu Langat yang betul-betul menghempap sebahagian Rumah Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat. Memang tak dapat menahan air mata yang mengalir dan terus mengalir...
Allah lebih menyayangi mereka. seperti kata nenek kepada salah seorang mangsa yang terkorban, ini adalah takdir Allah, apa yg boleh dia katakan.. dia terima dengan redha...
Allah menyayangi mereka... Allah tak mahu mereka yg insyaAllah pada mata Allah punya nilai keislaman dan kesucian jiwa yang tidak mahu dicemari oleh peredaran zaman... mereka anak-anak yang diasuh dengan penuh keislaman dan keimanan. dunia akhir zaman memang terlalu banyak pancaroba. telah terlalu banyak kemungkaran menular di masyarakat kita.. hukum hakam mula dipermainkan.. fatwa mula menjadi bahan politik. para ulama tidak lagi sepakat. pemimpin-pemimpin Islam hanya pada kad pengenalan... para ilmuwan Islam tiada suara lagi di negara yang agama persekutuannya adalah Agama Islam. Ketua Agama sendiri boleh meletakkan hukum di tangannya, walhal yang sepatutnya hukum itu mengikut Al-Quran, serta nasihat Ulama harus dititikberatkan.
Anak-anak ini diselamatkan Allah sebelum mereka hanyut dibawa keadaan. Anak-anak ini bertemu Allah dalam keadaan hati yg tenang dan suci.
dan kita yang masih hidup  ini.. Allah membuka pintu dan memberi kesempatan untuk kita bertaubat dan berbuat kebaikan serta mengumpul sebanyak harta untuk ke akhirat...
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban, dan doakan mereka ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan disayangi Allah... kepada yang masih hidup, kita doakan mereka kuat menempuh dugaan. Al-Fatihah....

0 comments:

Post a Comment