Monday 2 May 2011

Nasi Ayam Lazat

hari ni amat teringin masak nasi ayam.. actually dah berhari-hari dah... sy ni rasanya ada satu pe'el kalo rasa nk masak sesangat tu.. mmg hasilnya superb.. ehehehhe.. puji diri sendiri pulak...
nampak sedap takk?? nak share resepi?? ishhh.. mau ker?? ni bukan resepi dari chef terkemuka.. ni resepi campak2 saya jer... hihihi.. boleh boleh... ini resepi nya..

Bahan Utama
Ayam
Beras

utk buat stok ayam, rebus ayam yg telah dibersihkan dlm api yg sangat perlahan.
anda boleh bubuh halia jika suka... stok ayam ni penting, sbb dgn stok ayam ni la kita nk guna utk masak sup, masak nasi, dan sos. btw,dlm kes ni saya guna setengah ekor ayam.

bahan-bahan untuk nasi:
  1. 2inci halia dihiris tebal
  2. 1 batang kulit kayu manis
  3. 1 labu bunga lawang
  4. setengah labu bawang besar
  5. 1 sudu besar butter
  6. beras 2 pot. (kena pandai agak2 je.. kalau banyak beras byk la bahannya..)
  7. garam secukup rasa
  8. kunyit sedikit
cara-caranya:
basuh beras hingga bersih, toskan air. panaskan kuali, tumis bahan-bahan lain selain dari beras. bila semua bahan dah naik bau, masukkan beras yg dah ditoskan td, masukkan kunyit dan garam secukup rasa, gaul kan.. kemudian transferkan ke dlm periuk utk biarkan beras itu masak dan menjadi nasi. gunakanlah air stok ayam tadi utk masak beras tu yer... sama je macam masak nasi biasa.. kalo beras tu agak lembut, kurangkan air.. tanaklah nasi itu sehingga masak...

bahan-bahan ayam
ini pun saya campak2 jer... rasa nak lebihkan yg mana2 tu sila la.. sukatan yg sy tulis ni pun sy agak2 je.. sbb sy buat pun tak pakai sudu.
  1. ambil ayam yg direbus buat stok tadi
  2. 1 sudu besar sos tiram
  3. 1 sudu besar sos cili
  4. 1 sudu besar kicap masin
  5. 1 sudu besar madu
  6. 1 sudu makan garam
gaulkan bahan-bahan ini dgn ayam dan perap beberapa jam. kemudian, goreng dlm minyak yg byk dan panas. goreng sekejap je sbb ayam ni dah masak masa buat stok td. hasilnya. superb!!

bahan-bahan utk sup:
  1. sebiji ubi kentang (saja je bubuh, nk bg anak makan..
  2. halia
  3. bawang putih 3 ulas
  4. sup bunjut
  5. daun sup
  6. garam secukup rasa
ambil sedikit stok ayam tadi, reneh dgn bawang putih, halia, ubi kentang, sup bunjut dan garam secukup rasa hingga empuk kentang td. masukkan daun sup setelah api ditutup.

bahan-bahan utk sos

sos yg color merah tu:
  1. bawang putih 5 ulas
  2. cili merah 3 batang
  3. 1 sudu gula
  4. 1 sudu kecik garam
blender bawang dan cili merah. masakkan dlm kuali, tambah air stok ayam tadi sedikit. tambah garam dan gula. bila dah mendidih, blehlah dihidang...

sos yg color kicap tu:
sos ni saya buat amat simple... sbb bahan tak cukup, org lain biasanya guna cabai burung.. tp kali ni, sy cuma campurkan kicap dengan sedikip sos cili, dan tambah sedikit stok ayam...

so, apa lagi.. semua yg perlu di masak dah masak. potong la sedikit timun dan tomato, dan hidang la dalam pinggan bersama-sama ayam, nasi, sup dan sos-sos berkenaan...

lazatnyaaa....

0 comments:

Post a Comment