Tuesday, 28 June 2011

Melayu tolong Melayu....

Selalu kita dengar istilah "Org Melayu, bukan nk tolong Melayu..tak abih2 beli kat cina"... no offend mann.... but the fact is... byk lainnya service yang ditawarkan antara 2 pihak yang berbeza ni.... bukan semua macam ni.. tapi byk yg macam ni.. meh sini sy list kan:-

  1. Harga yang ditawarkan oleh company Melayu lebih tinggi dari company cina... kenapa saya ckp camni.. sebab..saya baru je dpt quotation dari satu company Melayu... harga barang yang nk di purchase tu dia letak RM175, dan quotation dari company cina pulak harga mende yang sama RM75. Jauh giler bezanya... tidakkah kita sebagai pelanggan prefer utk beli harga yang lebih murah kalo dah mende ni sama je.. tak payah nk argue pasal quality, sbb mende ni adalah mende yang sama... sejenis kotak...
  2. kes kedua, purchase alat ganti elektronik. dari kedai si Ah Chai (bukan nama sebenar) harga kurang RM2 dari kedai Mamat(pun bukan nama sebenar). at first pun igt nk tolong Melayu, RM2 je bezanya.. apalah sangat... tp, kami nak barang tu urgent. Malangnya kedai mamat ni perlukan masa seminggu untuk dptkannya.. manakala si Ah Chai ni dpt hantarkan barang tu pada petang hari yang sama jugak...
  3. dari segi layanan... sekali lagi saya igtkan.. bukan semua... tp kebanyakannya... klo kita pegi kedai elektrik cina... dia akan entertain kita.. akan explain satu satu apa yang patut kita tahu.. walaupun kita dah ckp kat dia kita nk tgk2 je... cuba kita pegi kedai elektrik melayu... sampai kita blah pun dia tak approach kita.. kalo saya, mmg takkan la beli kat kedai tu...

byk lagii.. ni belum lagi cerita saya kena marah dengan makcik kedai bila beli barang... pastu bila masuk butik, pekerja buat endah tak endah... Beli ikan kat pasar dgn org melayu, blk rumah ikan tu busuk.. almaklumla.. saya ni tak pandai pilih ikan..

saya buat artikel ni mesti ramai yang tak puas hati... well, pokok pangkalnya, attitude kita... jgn judge somebody yang masuk kedai tu... kita tak tahu dia siapa, kita tak tahu kemampuan dia... layanan kena la sama rata... jgn la harga tu cekik darah... ini tidak, bila kita tak pilih dia si melayu itu sebagai supplier, mula la kata kita tak nak tolong melayu.. sila la cermin diri kita.. sila la fikir kat mana yg patut kita perbaiki...

cakap pasal judge...~~ saya ni biasa mkn kat pizza hut, well, bukan company melayu pun.. franchise kan.. yang mana sistem perniagaan semua telah dinyatakan... tp sayang, pekerja yang di ambil bekerja itu tidak di ajar cara2 yg betul utk approach customer.. pakaian saya ketika itu t-shirt cabuk dgn jeans.. dan tudung.. tanpa mekap.. sbb 5 minit je dari rumah, walaupun pizza hut itu terletak di shopping complex...  saya tanya la kat adik keje pizza tu, ape flavor baru... tak tau la apa dia dgr.. tp kemudian dia sebut la flavor2 yang ada.. yang bukan kegemaran saya.. but then saya pun pilih la dan buat order..  standard procedure, budak tu pun tanya, "akk tak nak tambah cheese ke" saya ckp laa... "akk nk cheese stuffed crust" but sayangnya.. dia reply " kalo tambah cheese tepi tu mahal kak.. klo tambah kat atas tu murah skit.." sy senyum je sambil meng emphasize kan yg saya nk stuffed crust... dan of course, saya terus tanya en suami, "kita ni nampak macam org yang tak mampu mkn pizza ke.." adoiii.. adoii.. adoii...

tp saya ada juga kenal usahawan2 melayu yang humble dan memberi layanan yg baik kepada customer..ada.. ramai... tp ramai lagi yang tak berapa nk mesra...

kesimpulannya..be humble laa.. biarpun kita ada bisnes.. biarpun kita dah jadi jutawan.. itu sumer bukan kekal.. sombong kita, maka sombong la rezeki tu nk dekat... riak kita maka tak kemana la jawabnya...
Allah yang bg rezeki tu.. jgn nk sombong.. sbb klo kita sombong dgn customer.. maka kita sombong dengan Allah.. sbb Allah yg mendorong hati customer tu untuk berurusan dgn kita....   renung-renungkan...

0 comments:

Post a Comment