Sunday 26 June 2011

Sesungguhnya segala Kesulitan ada Kemudahan

~~~~Mereka  yang terpaku pada waktu mereka yang terbatas dan pada keadaan mereka yang mungkin sangat kelam, umumnya hanya akan merasakan kesusahan, kesengsaraan dan putus asa dalam hidup mereka. Itu kerana mereka hanya menatap pada pinu-pintu dan dinding-dinding bilik mereka sahaja. padahal mereka seharusnya menembuskan pandangan sampa ke belakang tabir dan berfikir lebih jauh tentang perkara-perkara yang berada di luar pagar rumahnya.
        Maka dari itu, janganlah anda berasa terhimpit sejangkal pun kerana setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Betapapun, hari demi hari akan terus berganti, tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun datang silih berganti. Meskipun demikian, yang ghaib akan tetap tersembunyi dan Sang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatNya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua, tetapi sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan....~~~~
<versi penuh di naskah La Tahzan>

dah lama tak Quote... hari ni kita quote dari naskah la tahzan... sesuai utk setiap kita yg sedang mengalami kesukaran dan yang sedang ditimpa musibah... ketahuilah bahawa setiap kepayahan itu akan datangnya kemudahan.. cuma kita perlu melihat kerana kemudahan itu datang dalam pelbagai bentuk yang kadang-kadang kita tidak sedar akan kehadirannya...

0 comments:

Post a Comment