Sekarang ni negara sedang hangat dengan isu BERSIH, video seks, Pilihanraya Masjid, Lynas... dan banyak lagi laaa.. sampai tenggelam isu2 yg positif mcm kemenangan demi kemenangan Harimau Muda mengalahkan pasukan bola dari beberapa negara Asia lain, dalam perlawanan kelayakan Olimpik 2012. Tenggelam jugak isu semasa yang masih dlm tahap kritikal seperti isu pembuangan bayi, maksiat, zina, malah isu org giler yang suka simbah asid kat org secara rawak, malah isu hackers...
semua isu yang sepatutnya di ambil berat telah diletak ketepi semata-mata untuk fokus pada isu2 yang tak masuk akal tu...
Bosan rasanya dgn isu politik negara.. tak kisah la isu yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang atau pihak kerajaan sekali pun... yang org2 pembangkang ni.. buat apa nk berdemonstrasi bagai.. siap bawak gambar pemimpin2 PKM... negara kita negara demokrasi, kalau tak puas hati, masa pilihanraya nanti undilah.. undi mana yg korang suka... ada bukti kan yg SPR itu telus. kalau tidak takkan Penang boleh jatuh ke pembangkang, Selangor, Kedah dan Kelantan yang masih blum dpt ditakluki BN... itu bukti bahawa kita boleh mengubah pucuk pimpinan kita... Penang dan Selangor tu 2 negeri yang menyumbang byk kepada pendapatan negara buat dek hasil2 yang diterima dari sektor industri di negeri-negeri tersebut..
kalau pihak-pihak tertentu yang dikatakan boleh mengawal undi kita pada masa pilihanraya itu, takkan dibiarkan Selangor dan Penang jatuh ke tangan pembangkang.. baik mereka umumkan yang BN menang walaupun hakikatnya kalah..
Stress betul bila mende2 mcm ni berlaku... Patut la PM lancarkan 1Malaysia.. sbb kita mmg dah tak bersatu.. bukan masalah kaum.. tp masalah politik.. tak bersatu sebab politik...
saya bukan pro mana2 pihak.. pihak pembangkang pun kotor permainan politiknya, parti yang memerintah pun kotor juga politiknya... tp kita sebagai rakyat kena bijak la memikirkan dan memilih siapa pemimpin kita.. tp hakikatnya, memang payah nk pilih pemimpin yang benar2 memimpin.. sebab tu saya pun payah nk mengundi...
tapi kalu sampai macam ni sekali keadaan politik negara, kalau kita terima ancaman dalaman mcm 13 mei, rasanya mmg payah la nk hadapi.. sbb, org melayu sendiri dah berpecah belah buat dek fahaman politik yang berbeza... kalo tak, xder la mak gaduh dgn ayah, anak gaduh dgn bapak.. jiran tak bercakap sesama jiran... sampaikan masjid pun boleh ada 2 dlm satu-satu mukim... camner??? inilah akibat bila politik melebihi agama... bila dah terlalu agungkan parti yang disokong, bersolat jemaah dgn 2 org imam dalam satu masa pun tak kisah kannn.. sediihhh.... amat sediiiihh.. kita tuli dalam menjadi pengikut... yang salah jadi betul, yang haram jadi halal... tp kalo pihak yang satu lagi buat, macam2 hadis dikeluarkan...
Perhimpunan yang bakal diadakan tu.. ape ke namanya.. BERSIH. siap bawak gambar pemimpin PKM.. dah macam nk wujudkan haluan kiri pulak kan... well, betul, derang tu org yang sama-sama berjuang dptkan kemerdekaan... tp apa rasional derang bawak poster pemimpin2 PKM tu? bagi mereka yang tahu sejarah sebenar, derang akan faham, bahawa pemimpin2 tersebut juga berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, tp secara berhaluan kiri... tp bg org yang tak tau... mereka itu adalah org2 yang bikin onar dlm negara kita, yang membunuh sesuka hati.....so, apa yang cuba diperjuangkan... kemerdekaan ker? bukan cara ni kalo nk ubah pemimpin...
kita ada pilihanraya... pilih la mas apilihanraya tu.. pilih pemimpin yang kita mahu... menang bagus laa.. kalah, terima je laa.. kan ke demokrasi..
itu laa.. fakta sejarah byk disorok.. kononnya nk jaga keamanan negara.. fakta sejarah byk yang di tukar.. kononnya tak mahu ada bangsa yang terasa.. tp akibat fakta sejarah yang sebenarnya bukan fakta sebenar tu laa.. maka kaum2 yang datang ke tanah melayu lupa mereka adalah kaum yang mendatang... mereka lupa sampai mereka boleh tukar fakta sejarah bahawa tanah melayu itu adalah milik mereka... dan sayang sekali... tiada pihak yg mahu mengubah sejarah yang ada dlm negara kita kepada sejarah asalnya.. biarlah... kerana ini sejarah.. biarlah kerana ini kebenaran....
persepsi dan tafsiran itu, terpulang kepada mereka....
saya stop kat sini dulu.. sbb stress dgn apa yang saya tulis ni.... huhuhuhu.. :'(
0 comments:
Post a Comment