Saturday 9 July 2011

Tuntutan BERSIH 2.0

haishhh... ni kalo sy tulih ni ramai yg marah ni... blog ni bukan blog politik ok.. tp sekadar memberi pandangan sebagai rakyat terhadap isu semasa... sila abaikan blog ini jika anda mencari maklumat politik.. di sini bukan tempatnya.. tp sy suka jugak nk ulas tuntutan BERSIH ni.. mai kita tgk satu persatu apa yg dituntut oleh 'NGO' ni...
  1. Bersihkan senarai undi : - ini surely sbb byk sgt kononnya undi hantu. kononnya byk pengundi yg dah meninggal dunia pun masih dlm senarai SPR.. aiyoooo... kita ni bila mati, waris waras pegi lapor kematian kat pihak polis je tau.. mana yg ada harta skit, pergi la kat EPF la, bank laa.. sbb nk tuntut harta.. rasanya tak ramai waris yg melaporkan kematian ini pada pihak SPR pun..takkan la SPR nk pegi cari rumah sorang2 tanya org ni hidup lagi ke tak.... Actually, mungkin ada, mungkin tidak, atau mungkin baru nk di laksanakan.... boleh di satukan sistem pada PDRM setiap kali melaporkan kematian, pihak PDRM perlu melaporkan kepada JPN. jab pendaftaran negara... dan SPR, perlulah mendapat maklumat dpd JPN untuk update database mereka... aisshh. berjuta-juta labor untuk maintain facebook, takkan sistem cam ni tak bley nk buat.. bukan perlu update hari-hari pun.. update pada masa tertentu je laa...
  2. Reformasi undi pos... apa yg nk di reformasikan.. entahlah.. maybe nk suruh mansuhkan.. atau mungkin nk suruh kira undi pos sekali dgn undi tak pos tu... mende boleh buat... klo nk kira sekali dgn undian hari tersebut... uisshhh.. undi hari tu pun dah cukup pening untuk dikira.. maybe kena tambah headcount kakitangan yg bertugas ketika pilihanraya... tp, kalau nk mansuhkan undi pos payah laa.. pakcik2 polis nk kena keje di hari pilihanraya.. pakcik2 askar yg sedang berkubu mempertahankan negara di sempadan sana... camner pulak tetiba nk balik kg halaman pegi mengundi... byk la penyeludupan berlaku nanti...tak boleh mansuhkan.. cuma mungkin cara perlaksanaan itu perlu di kaji semula...
  3. Guna dakwat kekal... hmmmm... guna je la.. nk kena masuk petisyen jugak ker?? bg je la cadangan tu kat SPR.. tak payah la nk masukkan dalam petisyen then nk buat demo...  
  4. Masa Kempen Minima 21 Hari... kan ke sepanjang tahun yg bertahun-tahun tu dah mmg berkempen... tak cukup yer.. nk tambah lagi yer.. haaa.. tambah laa.. saya tak kisah pun... :p
  5. Akses media bebas dan Adil... whooaaa.. bab media bebas ni bahaya... nanti senang2 hati je tayang porn kat tv.... yg ni saya setuju.. media seharusnya tidak berpihak pada mana-mana parti... seharusnya bersifat terbuka dan berkecuali.. berikan berita yg tepat dan betul serta boleh dipercayai.. bukannya berpihak kepada satu pihak je... ini tidak, bila baca atau menonton media arus perdana, kaw2 kutuk pembangkang.. bila baca atau menonton media pembangkang, kaw2 kutuk kerajaan.. sama je 2 2 pihak.. saling fitnah memfitnah... saling kutuk mengutuk.. bosannnn... sampai tak nak dah baca paper..
  6. Kukuhkan institusi awam... ni pun saya setuju.. sudha tiba masa penjawat awam tidak lagi syok sendiri, honeymoon dgn kerjaya mereka sbg org gomen...sudah tiba masa untuk ada Q dlm perkkhidmatan.. actually dah byk jabatan yg efisyen dan memberi khidmat cemerlang kepada rakyat.. mungkin ada segelintir yg masih di takuk lama... rasa-rasanya kalau peraturan kakitangan awam itu setegas peraturan di sektor swasta.. especially di syarikat2 gergasi dan establish...ramai dah yg kena buang keje...
  7. Hentikan Rasuah... ini memang saya setuju sejuta percent!! dah banyak dah harta kome kumpul.. udah2 la tu mkn dwet haram.. alaa.. ni bukan untuk org2 kerajaan je.. pembangkang pun samaaaaaaa... asalkan pihak tersebut memerintah negeri atau tempat... 
  8. Hentikan politi kotor... cuba bagi tau, politik mana yg tak kotor.. sape yg main politik kotor.. dan siapa yg main politik bersih... aissshhh.. sama jer... 
itulah sedikit sebanyak ulasan saya secara peribadi terhadap usul yg dinyatakan dalam petisyen BERSIH...
bila kita menilai, nilailah sebagai rakyat Malaysia.. bila kita menyokong, sokonglah pemimpin itu kerana pegangan agamanya... kerana perjuangan agamaNya...
Berjuanglah demi Islam... berjuanglah demi Islam.... Berjuanglah demi Islam...

0 comments:

Post a Comment