Saturday, 9 July 2011

BERSIH dan PATRIOT dari pandangan rakyat marhaen...

9 julai 2011 adalah tarikh yang amat dinanti-nantikan.. sebab dah lama sangat di canang2 kan tarikh tersebut akan adanya perhimpunan besar-besaran KONONNYA OLEH NGO untuk menghantar resolusi atau petisyen kepada DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong...
bahangnya telah dirasai dari hari khamis lagi.. di mana sekatan jalan raya telah mula diadakan di jalan-jalan keluar negeri-negeri seluruh negara yang menghala ke Kuala Lumpur. saya sendiri pada hari tersebut berkebetulan perlu menghantar adik saya pulang ke kampus, terpaksa menempuh sekatan jalan raya tersebut... awal-awal lagi polis dah buat kerja.. apa lah yang akan jadi pada hari kejadian... itu lah yg saya fikirkan setiap kali kami bertembung dgn sekatan jalan raya...
secara total, dari perjalanan pergi sehingga kami tiba di rumah awal pagi hari berikutnya.. tk kurang dari 5 sekatan jalanraya yg kami tempuhi dan kami saksikan... ini perjalanan dari utara (tak berapa nk hujung sgt) ke Melaka...
bagi saya, rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian yang dikecapi, yg banggakan perpaduan kaum di negara ini, mmg stress bila tgk keadaan demonstrasi jalanan mcm ni.. ini bukan budaya kita, ini bukan cara menyelesaikan masalah... betul.. mmg banyak kepincangan dalam pentadbiran negara kita.. tp bukan cara ini untuk memperbetulkan keadaan.. haruslah mengikut saluran yang betul...
kita ada Sidang Dewan. kita ada sidang Parlimen. tu laaa.. bila dewan bersidang, semua yg terbabit yg tak puas hati pakat ramai-ramai keluar dewan... camner nk bentangkan usul... maaf cakap tuan-tuan puan-puan.. ni saya saksikan dgn mata kepala saya sendiri... bila sidang dewan, bergaduh mcm anjing... sama je mana-mana pihak.. kan saya ckp.. entry ni adalah dari kaca mata saya sebagai rakyat marhaen... yg memerhati poliTIKUS2 'berjuang' untuk rakyat... malu.. sangat malu bila melihat mereka2 yang kita kenal sbg YB, sbg menteri berperangai mengalahkan budak-budak....
dan kali ni.. BERSIH.. tujuan tu dah cantikkk dah.. ada betulnya petisyen yg diusulkan.. tp cara tu.. cara tu yg tak kena.. kenapa tak berhimpun aman damai kat stadium.. Agong dah bagi green light suruh berhimpun kat stadium... kenapa nk ganggu jalan rakyat mcm kami ni.. yg nk hidup amat damai. tak mo gadoh2. yg cari makan atas daya usaha sendiri.. terpaksa kedai ditutup.. perniagaan tak pulang modal..kerugian yang amat sgt.. ini semua puncanya dari perhimpunan haram.. BERSIH dan PATRIOT..
yang saya tak paham, dah la dah ada satu kumpulan yg buat demo menamakan diri mereka BERSIH.. ada pulak satu kumpulan lain yg berdemo menentang BERSIH.. KOTOR la kan... derang namakan diri mereka PATRIOT... adoiii la abang... apasal la pi buat demo jugak... cukup la satu grup.. nk tambah lagi buat ape... bukan ramai pun puak hampa.. sikit jah..... tak payah nk tunjuk kuat lah aihhh.. suara hampa pun macam ayaq liuq saja.... tak dengaq pun.... pi balik lagi baguihhh...
si bersih tu pun kan... awat la depa ni tak buat demo kat hutan ka... tak dak kacau org.. tak pun, kalau dah rasa kuat sangat pi buat kat putrajaya tu... itu bukan ibu negara.. lagi pun kan petisyen tu untuk kerajaan kan.. pi kan kawasan pentadbiran kerajaan laaa...
ada berani?? tak berani kannnn......
mula-mula bila tgk perhimpunan tu, apa yg dilaungkan tak seperti yg diwar-warkan... mana slogan adil dan bersih.. alih2 dgr slogan yg sama mcm masa reformasi 98 aritu... alahaaiii... kata ni anjuran NGO .. tp rakyat yg bukan pro mana2 parti ni boleh jer menilai bahawa ini adalah bersifat politik...
kalau org tny saya, saya ni sokong pihak mana.. saya akan katakan saya adalah pihak berkecuali yg memilih untuk undi dan sokongannya dirahsiakan... bukan dayus utk memaparkan sokongan.. tetapi lebih suka meneliti dan memahami sebelum membuka bicara....
sebab ianya adalah politik.. kita sedia maklum politik negara kita kotor... lagi mengotorkan... tak payah nk sebut la parti mana.. tak payah nk kata la kerajaan atau pembangkang.. semua pihak kotor.. pegi la lihat dan nilai setiap pemimpin yang kita agungkan tu...
kita ni bila dah terlalu menyokong, fakta yang jelas nyata depan mata, kita katakan fitnah dari pihak tertentu, kalo dah terlalu membangkang, semua yg baik pun dinilai sebagai ada muslihat... sama je semua.. sampaikan ada blog yg saya baca, yg menyokong pihak pembangkang menyatakan hujan yg turun di KL pun angkara pihak kerajaan... ape tu???
kita lah pokok pangkalnya yg perlu menilai siapa pemimpin kita... baliklah kita kepada Islam.. nawaitu setiap apa yg kita lakukan... haruslah kerana Islam. bukan kerana parti, bukan kerana negara, bukan kerana melayu.. tetapi kerana islam.... oleh itu, kalau tak puas hati, jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia... sumbangkan undian anda, bila pilihanraya nanti...

0 comments:

Post a Comment