Assalamualaikum...
Saya baru je tgk berita pasal mayat wanita yg dijumpai di sebuah pangsapuri... yg mayatnya telah dkerat-kerat. dan disusuli pula kes Dato' Sosilawati Lawiya..
Malah akhir-akhir ini terlalu banyak mangsa simbah asid. mula-mula modus operandinya terhadap wanita-wanita cun di sekitar KL..tp kes terkini adalah serangan simbahan asid ke seorang lelaki...
Rompakan, Rogol, Pukul, Dera, Penderaan Seksual.. itu tak termasuk lagi.. saya pasti ramai antara kita yg perasan akan masalah-masalah sosial yang pelik-pelik semakin banyak berlaku.. malah, kita tidak berasa selamat di rumah sendiri... Kalau dulu.. anak dibiarkan ke sekolah dengan berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam.. kini, anak tidak dibenarkan tinggal bersendirian di rumah pun... kalo tinggal sendiri pun kita akan call setiap 5 minit utk pastikan anak kita tu selamat.. betul kan??
Tuntutan hidup duniawi kini tidak dinafikan mampu meruntuhkan kewarasan dan jiwa seseorang jika dia tidak kuat dalam mengharungi dugaan hidup yang kian mencabar.
Dan bagi seorang Islam yang berpegang kuat kepada pegangan agamanya, kita harus yakin pada Allah.. setiap kepayahan itu, ada jalan penyelesaiannya... bila setiap kali kita menghadapi dugaan dan cabaran yang diluar kemampuan utk kita hadapi... kembalilah kepada Allah... Berdoa dan pohonlah bantuanNya...
Jika kita mencari ketenangan jiwa.. ketenteraman hati... bacalah naskah terhebat sepanjang zaman... Love letter from Allah.. yakni AlQuran... bacalah.. biar kita tidak memahaminya.. bacalah biarpun kita merangkak dalam bacaan kita... bacalah kerana sesungguhnya lidah kita yang melafazkan kalimah2 Allah itu bisa merawat hati dan jiwa kita yg lara... malah... hati kita yg dari hari ke sehari menjadi hitam dek faktor2 sekeliling boleh dibersihkan... dgn membaca AlQuran...
Saya percaya... jika semua pesakit jiwa atau pesakit mental yg ada di hospital bahagia dan hospital tampoi diberi rawatan rohani, dengan membaca AlQuran...dan amalan2 lainnya... pasti ramai yg akan sihat sepenuhnya... ramai yg akan keluar dgn cepat...
0 comments:
Post a Comment