Sunday, 14 August 2011

Hati dan Suara di bulan Ramadhan

Suara : Hai Hati... Assalamualaikum..
Hati : Wa'alaikumussalam Suara.. 
Suara : Kenapa awak byk diam je di bulan Ramadhan ni.. takkan awak letih kot..
Hati : Sy bukan letih Su, tp sy lebih suka berdiam diri dan bercakap sesuatu yang perlu jer. dan selain dari itu,    lebih baik saya berzikir.
Suara : Eh, baik pulak awak sekarang ni,... dah insaf ker?
Hati : Bukan ke lebih baik kita gunakan masa sebulan ni utk memperbanyakkan ibadah dan pahala dari membiarkan ia berlalu tanpa ada apa2 manfaat.
Suara : tp bukan ke dulu awak yg suka sgt berfikiran negatif, berburuk sangka, dan selalu sgt ambil tahu hal org lain...
Hati : betul tu.. sy mmg mcm tu.. tp Alhamdulillah, syaitan masa bulan2 Ramadhan tak der..dah kena ikat.. kurang sikit la pengaruh buruk tu dlm hati ni... atau pun mungkin saya betul2 mahu menghayati Ramadhan dan menggapai keimanan yang sedayanya utk mendapat tempat di sisi Allah
Suara : kalau macam tu awak ni dah insaf la.. tak boleh la kita bergosip2.. alaaa... awak sorang je yang mcm tu.. ramai lagi org yg masih sama je.. ada syaitan ke tak der syaitan ke.. sama je diorang tu..
Hati : Saya sendiri belum sempurna.. layakkah saya
bercakap tentang keimanan org lain.. saya sendiri masih mencari redha Ilahi.. layakkah saya mengadili org lain.. mereka mungkin sudah sebati dgn sifat diri mereka.. saya juga begitu.. cuma sy cuba utk mengadili diri sendiri sebelum saya mengadili org lain... mereka mungkin mencuba sedaya upaya memperbaiki diri mereka... kita tak tahu kannn... Biarlah mereka dgn diri mereka.. kita berdoa saja la supaya kita semua menjadi hamba Allah yg lebih baik dari semasa ke semasa..
Suara : wahhh.. awak bercakap mcm seorang ustazah... mcm bagus je.. betul ke ni? awak yg saya kenal tak mcm ni ti... alaa.. masa bulan Ramadhan je.. lepas ni tak der laa..
Hati : Bukan niat utk menjadi ustazah.. bukan sy nk membetulkan org lain.. tp sy cuma nk memperbetulkan diri sendiri... cukup lah semua percakapan sia-sia saya selama ni... biarlah sy gunakan lidah dan mulut utk bertasbih dan bertahmid kepada Allah... dan membaca AlQuran.. itu lebih baik dari saya berkata-kata yang sia-sia.. saya bukan sempurna.. sy masih byk yg perlu dipelajari.. byk yg perlu diperbaiki.. sementara takder syaitan ni... biarlah sy gunakan utk mempertingkatkan perisai keimanan sy yg nipis ni... Suara hati yang mcm ni lahhh yang perlu saya lawan... malah lagi dasyat dari hasutan syaitan.. suara hati hasad yang sentiasa ada dlm diri.. yang telah bertahun-tahun mendapat tunjuk ajar syaitan.. masakan boleh lenyap hanya dlm sebulan...
Suara : Eh... saya pulak yg awak tudingkan... ok lah hati.. sy cuba utk tidak menyuarakan kata-kata hasutan.. tp tak jamin la lepas Ramadhan ni boleh ke tak....
Hati : InsyaAllah boleh.. klo kita minta pertolongan Allah.. sentiasa merayu dan meminta daripadaNya.. insyaAllah benda baik yg cuba kita buat, akan jadi kenyataan..

Hati itu sentiasa cuba menjadi yg terbaik.. berbuat sesuatu yg baik.. bersangka baik.. menjauhi persengketaan.. tp suara kecil yang entah dari mana sering membisikkan kepincangan... biarpun di bulan yang mulia... masih ada keburukan, kerana suara kecil itu sudah lama bertakhta di hati... masakan mampu diusir hanya dlm sebulan ini..
"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri.."

"Seandainya sseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.."

Imam Hasan Al-Basri


0 comments:

Post a Comment