Sunday, 6 November 2016

Awak, lama betul saya tinggalkan awak

Dear Blog...

Saya tengok kat sini, last skali post ada pada 2012... kemudian.. senyap dan tiada lagi post. Sibuk kot saya sepanjang 4 tahun ni...

Anyway awak, fast update untuk awak... sepanjang 4 tahun kita berpisah ni..
2012 ayah accident kan... saya rupa-rupanya sedang pregnant firas aryan, anak no 2 saya tu... 2013 Jun 20, Aryan keluar ke dunia... 3 tahun lebih dah umurnya...
Ayah pulak, 3 November 2013 pergi meninggalkan kami... Pengajian saya pulak.. Alhamdulillah... berjaya dikonvokan.. walaupun tak pergi istiadat konvo.. Malaslah saya... jauh kot.. UTM Skudai tu.. Sebenarnya saya memang tak suka adat istiadat macam tu...
Sekarang Aryan dah 3 tahun umurnya.. Firas Azhad dah 6 tahun.. Saya dah mulakan kehidupan saya sebagai pelajar.. sekali lagi.. kali ni Masters Of IT... Kebetulan hari dapat tawaran sambung pengajian tu saya buat urin test sebab period lewat sebulan. Alhamdulillah.. betul-betul pregnant..
Tapi Allah lebih menyayanginya... 4 bulan bawa dia di dalam perut, dia perlu dikeluarkan kerana tidak sihat dan membahayakan ibu..

So, enough recap for 4 years.. perinciannya nanti bila ada masa kita jumpa lagi yer..

ps: saya hairan tengok warda dan ejaz dalam Suri Hati Mr. Pilot. 4 tahun berpisah tp mcm xder progress apa-apa pun.. saya ni... macam2 boleh update... hahahahah..

Kehidupan ada drama kan.. tapi drama kehidupan..

Thursday, 27 September 2012

Dugaan lagi... Semoga ayah cepat sedar dan sembuh..

Assalamualaikum... mcm biasa... bila tak tau nk bercerita pada siapa... blog ni jadi tempat utk bercerita.. 'tempat berceritaku' ada urusan yg lebih penting dari urusan aku.. well, dia pun ada life.. ada tanggungjawab.. dan aku yg biasanya independant sebelum Allah berikan aku kepadanya... takkan tak boleh nk independant balik time time dia tak de ni....

"Ketika Allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman, “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.."

Betullah... tatkala aku terlalu sibuk dengan urusan dunia.. terlalu sibuk dengan kehidupan yg sementara ini sehinggakan ingatanku kepada Maha Pencipta hanya lima kali sehari.. hanya yang fardu sahaja.. tiada lagi ayat-ayat suci Al-Quran menjadi alunan di bibir tatkala lepas solat.. tiada lagi alunan zikir yg menjadi nyanyian di bibirku... aku seperti jauh dari Kekasihku... Sikap aku yg positif.. yg sentiasa senyum bila dugaan yang biasanya aku anggap sebagai cabaran membuatkan aku mudah menghadapinya.... dan ini membuatkan aku tidak merasakan diriku dekat dengan Allah... Mungkin benar Allah merinduiku.. merindui tangisku.. merindui tahajjud dan hajatku... merindui rintihanku..

Tapi kali ini.. dugaan ini bukan lagi cabaran bagiku.. dugaan ini adalah dugaan hebat untukku dan keluargaku.. Melihatkan ayah yang biasanya kelihatan gagah dan garang terkulai layu di atas katil hospital... betul-betul meruntun hatiku.. aku bukan seoang anak yang manja dengan ayah.. aku juga tidak terlalu rapat dengan ayah.. kerana aku dibesarkan oleh opahku.. tapi pertalian itu tetap utuh dunia dan akhirat... dan melihatkan keadaannya... aku rasa macam nk menjerit.. menangis.. dan ingin mengejutkan dia dari tidurnya yang tidak tahu bila akan sedar...

Terlalu banyak yang aku nk katakan padanya... terlalu byk dosaku padanya... aku lah anak yang selalu bertekak dengannya.. terlalu byk ketidaksefahaman kami... terlalu banyak perkara yang aku tidak bersetuju dengannya.. dan selalunya akan berakhir tanpa ada sebarang kata-kata maaf... aku ni anak derhaka ker??

Aku anak sulung.. dan tanggungjawabku terhadap keluargaku menjadi lebih apabila kondisi ayah begitu... aku menjadi sumber rujukan emak dan adik-adikku... jadi aku perlu kuatkan semangat.. tidak menunjukkan kesedihan hati.. supaya keluargaku juga kuat... (dan ketika aku menulis... insan yang menjadi tempat aku bergantung.. dan menjadi tempat aku "menjadi diri aku yg sebenar" tiada di sisi... di saat aku amat memerlukannya.. dan aku cuba utk faham bahawa keluarga dia memerlukannya juga.. tp dia tak boleh ke faham yang 'amanah Allah' dia ni memerlukan dia saat-saat begini?)

Air mataku hanya boleh mengalir apabila aku di pejabat. Bersendirian di bilik pejabatku... membuatkan aku banyak berfikir dan mengenangkan ayah... mujur aku ada bilik utk diriku sendiri.. apa yang aku buat kat dalam ni tak der yang nampak.. mujur juga bilikku ini jauh dari staf yang lain... esak tangisku tidak dapat mereka dengari... 

Bagi aku.. kuat atau pura-pura kuat... aku dah tak dpt nk bezakan.. doaku setiap saat supaya Allah beri kekuatan kepada ayahku dan beri kesembuhan kepadanya... supaya dia boleh bersama kami semula... 

Benarlah.. Allah rindukan aku untuk kembali merayu dan merintih padaNya... tatkala aku hampir lupa pada Allah... dia tak lupa utk berikah aku jalan utk kembali dekat padaNya.. dan tatkala tiada siapa dapat menjadi pendengar segala rintihan dan tangisanku.. Hanya Allah tempatku mengadu.. dan hanya Allah tempatku merayu... 



Thursday, 12 July 2012

Kerja Kerja Kerjaaa...


ada yang bekerja jenisnya suka amik mudah..
ada yang bekerja style nyer semua mende dia anggap susah...
ada yang bekerja, kerja nya tak sudah sudah
ada pula yang asyik nak buat helah...

kerja ini bukan hakikat, yang hakikat adalah akhirat..
Syaaban dah penghujung, Ramadhan dah mendekat...
jangan asyik kerja sampai lupa nak solat...
jangan asyik kerja sampai lupa nk bayar zakat....

Kerja ini bukan lah susah..
tapi bukan jugak mudah...
Bersyukurlah pada Allah...
Kerana kerja ini juga nikmat, utk kita perolehi daripadaNya rahmah dan barakah...

Sunday, 8 July 2012

Menghargai Diri Sendiri part2

Assalamualaikum...
Masih lagi topik menghargai diri sendiri.. hehehehehe... bukan ape.. isteri dan ibu ni biasanya akan mendahulukan org yg dia sayang... sampai mengabaikan diri sendiri.. bukan untuk menafikan naluri keibuan serta sifat isteri yg mmg sayangkan suami dan anak.. cuma.. kena igt.. kadang-kadang kita terlalu banyak memberi hingga lupa untuk menerima.. dalam perhubungan ni kena ada give and take.. bukan give give give je.. betul.. kita kejar pahala.. tapi.. jgn sampai makan diri..
kenapa topik menghargai diri sendiri yer ...??

Menghargai Hari dan Diri sendiri

Assalamualaikum...
Lama sungguh saya tak jenguk ke blog sendiri.. alahaaiiii... Allah bagi kita masa sama rata.. semua dapat 24 jam... tp kita sendiri lah kena pandai bahagi-bahagikan masa supaya tidak tercicir yg dikendong.. dan tidak terlepas yang dikejar..
Terlalu banyak benda yg saya kejar dalam hidup.. inginkan kejayaan dalam kerjaya dan pelajaran.. ingin mencapai apa yg dicitakan.. ingin mendapatkan apa yg diidamkan... banyak keinginan.. banyak kehendak.. ada yg sememangnya keperluan.. tp lebih banyak keinginan...
Menjadi seorang ibu dan isteri yg bekerja, belajar dan mencari peluang untuk menambah nilai hidup.. bukan sesuatu yang mudah... Akibatnya inilah.. tak bukak-bukak blog sendiri.. heheheh.. bukan apa.. kena kurangkan masa untuk aktiviti yang kurang penting.. demi memberi tumpuan kepada perkara yang menjadi prioriti....
Beberapa minggu dulu.. terlalu banyak bebanan yang diletakkan di bahu dan kepala saya...

Tuesday, 28 February 2012

Pusat asuhan kanak-kanak dari perspektif parents dan pengusaha taska / pengasuh

Assalamualaikum,

atas sebab isu taska di kota masai, saya tetiba suka nk write something untuk di share kepada kawan-kawan. especially kawan-kawan yang terpaksa hantar anak-anak ke taska atau pengasuh.

apa yg saya nk share kan adalah dari 2 persepektif, iaitu ibu bapa anak-anak tersebut serta dari perspektif pengasuh/pemilik taska... saya menghantar anak saya ke taska, dan keluarga saya memiliki taska.. yang diusahakan oleh ibu saya, dan saya pun buat part time jaga taska bila diperlukan.. :)

biar saya mulakan dengan perspektif  pengusaha taska..
hakikatnya, parents pun byk ragam...

Thursday, 23 February 2012

A visit to kedai perabot... Mari belajar bahasa malaysia

dah lama sangat tak share anything kat blog ni.. masa mula2 buat blog, i thought i have enough time untuk di spendkan mengupdate blog.. rupa-rupanya.. hmmm.. ada lagi byk komitmen lain yg perlu diperuntukkan masa dlm melaksanakannya..
doesn't matter lahh.. well, saya nk share my experience when i went to a furniture shop early this week.. pergi atas urusan pejabat, but i had captured few photos utk tatapan kita.. let them speak for themselves..






it is quite hilarious right? tp mesej itu sampai kepada pelanggannya... :p masa saya snap gambar2 ni, saya ckp kat tauke kedai tu.. "tauke, i snap gambar poster2 u kat dinding tu tau.. i nk bubuh dlm blog.. tp tak letak la nama kedai u..." tauke tu kata "bolehh.. bolehh... "
hehehehhehehe... bahasa jiwa bangsa kan.. walaupun tauke kedai ni berbangsa cina, but still, dia ada usaha utk letak poster dlm bahasa melayu.. walaupun tunggang langgang.. .

Wednesday, 30 November 2011

Natijah apabila memarahi anak kecil..

Assalamualaikum..
saya nk share something yang saya experience malam td.. semalam saya amat tidak sihat.. diarrhea.. asyik mengulang ke toilet je the whole day.. makan pun tak lalu.. saya ambil cuti rehat.. nk pegi klinik pun tak larat.. so saya amik cuti rehat je laa.. cuti pun byk lagi kan..
then malam tadi saya tido sangat awal... pukul 9mlm kot.. hero kecil saya, si firas, pun masih belum tido.. bila saya dah lelapkan mata, firas datang pada saya.. cucuk2 mata saya.. tarik2 rambut saya.. tarik rambut tu tak la kuat mcm selalu.. rasa mcm dia usap je rambut saya.. tapi, kesian dia.. dia kena marah.. dah la ibu dia marah dia.. papa dia pun marah dia.. akhirnya saya pun tak tau la apa yang jadi, sedar-sedar dah pukul 2 pagi, dan firas pun dah tido. selalunya saya akan tido dgn dia... agaknya dia ajak saya tido sebelah dia kot.. tu yg dia usik2 saya tu...
esok pagi papa bg tau.. firas cirit mlm td.. kul 1 pg firas cirit.. bangun pagi ni pun cirit lagi.. alahaiii.. serba salah dibuatnya.. rupa-rupanya firas pun tak sedap badan. tu yg usik ibu tu... nk bgtau dia pun tak sihat rupanya... pagi-pagi saya ckp kat dia "ibu sorry yer marah firas malam tadi.. ibu tak larat sgt...ibu sorry tau" dgn harapan kesan negatif yg dia terima bila di marah malam td dapat di wash away.. lagi yg makin serba salah tu, on the way nk pegi keje.. dia muntah pulak atas saya.. habih baju saya.. terpaksa basuh baju kat taska firas.. adoiii... tp alhamdulillah lepas tu dia cergas je laa..klo tidak haruss saya tak senang duduk..
dan tadi, ada kesempatan, melalui facebook, saya tanyakan pada yang pakar... saya suka nk share pada kawan2...
Prof Dr. Rozieta Shaary ni adalah pakar keluarga... boleh la add fb diaa... ada byk notes yang dia share yg mmg boleh memberi panduan utk ibu muda macam saya ni utk mendidik anak... :)

Monday, 28 November 2011

Apabila Harimau tumpul taringnya..

Assalamualaikum..
Hari ni, isu pagi di ERA adalah berkenaan kegagalan skuad Harimau Malaya memenangi perlawanan dengan Bahrain tempohari..
Nampaknya rata-rata pemanggil tak puas hati dgn permainan yang ditunjukkan oleh pasukan kita di saat-saat akhir perlawanan. kesian.. ada yg menyatakan Harimau Malaya patut di hina.. dan ada media yg buat topik di bahagian sukan satu suratkhabar "Harimau Muda memalukan Negara". 
Kesian pulak dgn mereka.... mendapat kecaman hebat dari penonton.. bila menang kejayaan di sorak.. dipuji melangit dan melambung.. bila kalah.. dikecam hebat... 

AKU MAAFKAN KAMU

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi

Monday, 21 November 2011

Bola sepak akhir SUKAN SEA 2011 dari perspektif saya..

Alhamdulillah... Team B23 Harimau Muda kita berjaya meraih emas dlm perlawanan bolasepak menentang tuan rumah Indonesia dia Stadium Gelora Bung Karno.

Perlawanan yang mendebarkan dan penuh dengan drama. Saya sendiri tidak ketinggalan menonton perlawanan di kaca tv di rumah bersama suami dan anak kecil kami... Purposely tak kasi si kecik itu tidur.. sbb nanti xleh nk kuatkan suara.. tp si kecik tu bertahan sampai pukul 11 jer.. dan masa jaringan kemenangan oleh Badrol Bakhtiar dilakukan, tindakan refleks kami berdua yg menjeritkan gol telah menyebabkan si kecik itu terkejut.. heheheheh.. sorry yer sayang..

Memang perlawanan amat sengit dan semua pemain, baik pemain Malaysia ataupun Indonesia memberikan saingan yang hebat antara satu sama lain.. dan memberikan komitmen yg 200% terhadap perlawanan. dengan kemenangan ini, terubatlah hati atlet negara dan penyokong Malaysia terhadap segala perkara buruk yang diperlakukan terhadap atlet nasional. kena boo, malah semasa lagu negaraku dimainkan dan bendera Malaysia dikibarkan, penyokong Indonesia tidak hormat.

Tuesday, 18 October 2011

Bicara hati saya: Kanak-kanak digilis 2 buah van, Bayi dikelar oleh ibunya sendiri...Kejam dan rakus.. manusia akhir zaman

Astaghfirullahal 'azim... allazi lailaha illa huwalhaiyulqayyum.. waatubuilaihhh...
tatkala ini.. air mata laju mengalir... sedih... dan sangat sedih.. kelmarin berita perihal seorang kanak-kanak di China. yang dilanggar oleh sebuah van. digilis..dan yang menghairankan.. pemandu van tu tidak pun berhenti untuk melihat apa yang dilanggar.. tayar depan nya menggilis kanak-kanak itu.. dan kemudian dia berhenti.. tp sayangnya.. ingatkan dia nk turun dan tgk apa yang dilanggar.. rupa-rupanya dia berlalu pergi dan tayar belakang pula yg menggilis budak itu... umur budak tu kalo tak salah almost 2thn.. van pertama berlalu pergi.. dan ramai manusia di situ.. yg lalu lalalng.. hanya melihat.. dan tiada siapa yg memberi pertolongan.. oh.. sebaknya rasa... masing-masing hanya melihat.. tiada siapa yg mengangkat budak tu... kemudian datang van kedua.. sepatutnya dia boleh melihat dgn jelas ada budak sedang terlantar di atas jalan... tp ia langgar juga.. dan budak perempuan berusia 2thn itu digilis lagi.. tayar depan.. kemudian tayar belakang van kedua itu... dan lagiii.. tiada siapa yang peduli.. terlantar dan terkulai kanak-kanak itu tiada daya menahan kesakitan... sehingga lah ada seorang hamba Allah yang menyedari.. lalu memanggil ibu bapa kanak-kanak itu.. bagai nak gila ibunya melihat keadaan anak mereka.. kawasan kejadian ini bukan dia highway.. bukan diatas jalan raya.. tp hanya di pasar.. sebuah pasar.. yang tidak sesak dek kenderaan... amat menghairankan.. mengapa manusia-manusia ni ada hati yang sebegitu kecil.. sehinggakan tidak ada perasaan kasihan dan belas.. kanak-kanak itu kini koma di hospital...
Itu yang berlaku di China... namun di negara kita lebih dasyat dari itu....

Sunday, 2 October 2011

Cara-cara simpan tudung yg ber'awning' if kita nk pegi travel

Tips ni diturunkan oleh seorang sahabat kepada saya semasa kami nk pegi bercuti ke Langkawi. Ni saya attachkan gambar nya supaya senang nk imagine and understand the step.

       mula-mula.. masukkan tudung-tudung kedalam tudung-tudung yg lain... 

 
kemudian gulungkan tudung jadi mcm gambar di atas.

last sekali.. masukkan dlm bekas bulat camni.. tutup la bekas ni dan masukkan dalam beg. so, awning pun akan selamat...

...Selamat Mencuba... 

Thursday, 22 September 2011

Warkah seorang sahabat di penghujung Syawal

Assalamualaikum w.b.t
Salam Aidilfitri.. dah penghujung syawal baru ada kesempatan mencoret salam lebaran di blog ni...
Nak cerita pasal lebaran, tiada apa yang menarik utk diceritakan... tp.. ada kisah yang ingin saya kongsi kepada anda yang membaca blog ini (if ada org baca laa..)
Teringat suatu ketika, wujudnya sengketa antara sahabat berdua... berlarutan sengketa dari sebelum Ramadhan hingga ke Syawal.. Biarpun tangan dihulur, maaf dipinta dengan penuh keihlasan, namun sengketa itu tetap ada.. mungkin dendam masih berkalang, biarpun tidak diketahui apa asbabnya.. mungkin amarah itu masih jitu, biarpun tidak diketahui apa salahnya.. ataupun, mungkin hati itu terlalu keras, ego menyalut kesucian jiwa... maka biarpun maaf dipinta, tiada sudi untuk memberinya..

Thursday, 25 August 2011

Ujian Allah setiap saat utk hamba-hambaNya

Assalamualaikum..
Dalam minggu akhir kita bersama Ramadhan tahun ini, saya mendapat khabar duka. Berita tentang kesihatan yang membimbangkan 2 org rakan saya... Seorang rakan adalah sahabat maya dari Johor, manakala seorang lagi adalah anak angkat mak saya dari Tg Karang.
Sahabat Johor sy tu telah dimasukkan ke hospital, suspected ada masalah jantung. Manakala sahabat saya tg.karang itu baru sahaja selesai didiagnoskan dan confirm beliau sedang menghadapi cabaran leukimia. kini sedang di rawat di hospital Ampang.
Innalillahiwainnailahirajiun.... Ironinya, kedua-dua mereka saya panggil mama... adoiii.. mama johor mmg seorang mama.. tp mama tg karang ni sbb adik saya dan housematesnya panggil dia mama... walaupun dia baru je 21thn... :)itu nama mesra dia utk mereka...
Terasa betul sedih bila mendapat khabar berita mereka.. di saat saya sibuk memikirkan byk perkara yg belum beres utk menyambut Syawal, mereka memikirkan anak dan keluarga yg ada di rumah yg perlu membuat persiapan raya tanpa mereka.. atau mungkin tiada persiapan raya kerana ahli keluarga yg dicintai berada di hospital.. sayu jugak bila terkenangkan situasi mereka... hari ni hari mereka.. hari saya entah bila.. yg pasti, ia akan tiba... cuma masa je yg belum tiba.. entah esok entah lusa....
Allah menduga kita setiap saat... sbb Allah sayang kita.. Allah tak nak kita pergi jauuuhhh dari Allah.. kebiasaan manusia, bila diduga dgn musibah, masa tu lah baru terkenang Allah... saya pun begitu juga... masa ditimpa musibah... masa tu la kita memohon pertolongan Allah... kebiasaan kita begitu, tp bukan semua... so, Allah berikan dugaan sbb Allah rindu nk dgr rintihan kita.. Allah rindu nk dengar aduan kita padaNya.. permohonan kita, rayuan kita... tak salah kan bila kita ditimpa musibah kita semakin dekat dgn Allah.. tp jgn sampai kita lupa utk mensyukuri nikmat Allah.
Segala yang berlaku ada hikmahnya.. dan sesungguhnya segala kesakitan itu adalah ujian dari Allah. Samaada ia berupa kaffarah terhadap dosa atau proses menaikkan darjat... Yang pasti kita sebagai hamba Allah hendaklah berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah... jgn sampai kita tergelincir dari akidah Islam.

saya doakan sahabat-sahabat saya mamahusna (kak nazarizah), mamaMU5(fazlina kalib) cepat sembuh dan diberikan kesihatan yg baik.
Dan buat mereka yang telah pergi menemui Allah, Arwah Abah(abah angkat sy), arwah tok cat, 2 arwah atok (johor), arwah maklong (johor), arwah faiz, arwah epoi dan semua muslimin muslimat dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Al Fatihah


Sunday, 21 August 2011

Time to deliver kuih raya...

Alhamdulillah... tahun ni tahun pertama saya buat bisnes jual kuih raya.. tahun-tahun sebelum ni ada juga makcik2 dan mak saya sendiri suruh sy jual kuih raya.. tp macam biasa.. "takmo laahh... x glamor jual kuih raya.. lagipun ada ke org nk bli kuih raya dari sy..." Rupa-rupanya tak lah susah jual kuih raya,... cuma perlu layan karenah org je laa.. biasa laa.. pelanggan kan...
Alhamdulillah lagi.. selain kuih raya saya jual juga Serunding.. serunding ni amik kat kelantan.. almaklumlah.. saya kawen dgn ogr kelantan.. so senang la nk amik stok serunding..

Friday, 19 August 2011

dah makin ramai yang sakit jiwa sekarang ni kan...

Assalamualaikum...
Saya baru je tgk berita pasal mayat wanita yg dijumpai di sebuah pangsapuri... yg mayatnya telah dkerat-kerat. dan disusuli pula kes Dato' Sosilawati Lawiya..
Malah akhir-akhir ini terlalu banyak mangsa simbah asid. mula-mula modus operandinya terhadap wanita-wanita cun di sekitar KL..tp kes terkini adalah serangan simbahan asid ke seorang lelaki...
Rompakan, Rogol, Pukul, Dera, Penderaan Seksual.. itu tak termasuk lagi.. saya pasti ramai antara kita yg perasan akan masalah-masalah sosial yang pelik-pelik semakin banyak berlaku..  malah, kita tidak berasa selamat di rumah sendiri... Kalau dulu.. anak dibiarkan ke sekolah dengan berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam.. kini, anak tidak dibenarkan tinggal bersendirian di rumah pun... kalo tinggal sendiri pun kita akan call setiap 5 minit utk pastikan anak kita tu selamat.. betul kan??
Tuntutan hidup duniawi kini tidak dinafikan mampu meruntuhkan kewarasan dan jiwa seseorang jika dia tidak kuat dalam mengharungi dugaan hidup yang kian mencabar.

Thursday, 18 August 2011

Isu Murtad berleluasa kini...

Assalamualaikum...
Pagi-pagi lepas sahur sebelum menghadap kiblat utk bersolat subuh ni, tiba2 i was drawn to jot something... sepatutnya bacalah quran.. sementara menanti subuh... ini tidak.. adoiii.. apa nak jadi ni.. takpe2... kejap je ni..
Sekarang ni isu hangat yang melanda negara kita serta isu yg menyentap perasaan kebanyakan org islam adalah isu murtad. Apa yg berlaku di PJ, apabila anak2 diberi tuisyen percuma... untuk belajar bahasa inggeris, telah diajar secara tidak sedar ajaran2 yang berunsurkan amalan org2 kristian. daripada lagu-lagu asas org kristian sehingga ke sejarah Nabi Isa dari kitad kristian.

Bihun Sup sedap di Pasar Ramadhan, Sup Warisan

Pernah tak makan bihun sup yg isinya banyakkk... harga dia RM3 jer... ni first time saya beli bihun sup di Pasar Ramadhan Taman Meru, Ipoh. saje je nk try... asyik makan bihun sup daging je.. kali nk try la bihun sup ayam dia...
bila dia masuk je bahan dlm plastik utk dipackingkan.. dalam hati saya "MasyaAllah.. banyaknya isi.. Alhamdulillah".. and at the same time saya tunggu juga berapa dia nk cakap harga sebungkus bihun sup tu.. RM3.00 sahaja.... wowww!! Alhamdulillah.. harga pun murah... dan bihun sup tu pun amat memuaskan hati dan perut...

sedap pun sedap... byk pun banyak.. Alhamdulillah... senyum lebar saya dpt mkn bihun sup camni...

nk tau kedai mana... nama gerai dia Sup Warisan  kalau tak salah saya... terima kasih kepada pemilik gerai dan si tukang jual kerana menjual dgn ikhlas.... semoga dimurahkan rezeki oleh Allah...

Wednesday, 17 August 2011

Menjadi Isteri Solehah?

Isteri: Abg... saya igt nk buat revolusi pada diri sendiri la abg..
Suami: Revolusi ape?
Isteri: Saya nk jadi Isteri solehah.
Suami: Awak dah cukup solehah dah.. nk solehah mcmana.
Isteri: Itu solehah di mata abg... di mata Allah belum tentu lagi.
Suami: bukan ke untuk seorang isteri itu, redha suaminya adalah redha Allah.
Isteri: ye abg.. betul, tp yg menghukum dan menilai keimanan itu hanyalah Allah kan...
Suami: hmmm.. awak nk berubah yg macamana lagi? Abg tgk dah ok dah.
Isteri: Saya rasa pakaian saya belum sempurna utk bergelar muslimah.. pakai tshirt lengan pendek. pakai jeans... walaupun keluar dgn abg.
Suami: Kan ada stoking tangan, pakai lah stoking tu.. tutup la lengan kan..
Isteri: Tapi stoking tu nampak jugak bentuk lengan..Kalau saya berniqab macamana?
Suami: Abg tak larang... tp abg rugged, awak berniqab pulak.. tak mcm pelik ke...
Isteri: Alaaa... tgk pak arab tu rileks je pakai sluar pendek, isteri dia pakai purdah.. ok je kan..
Suami: Abg bersyukur awak ada nawaitu ke arah itu... tp awak pasti ke awak nk berniqab tu kerana Allah... jangan paksa diri, takut nanti makan diri... Awak mulakan dgn pakai baju lengan panjang, labuh, seluar yg longgar... abg ok je.. selagi penampilan awak tu kemas dan cantik di mata abg... tp, kalo awak berniqab, awak kena igt... bukan berubah dalam bentuk pakaian je tau... attitude, tutur kata, tutur cara.. semua kena berubah.. byk tu.. awak dah la jenis hyperactive, direct, laser... klo dah pakai niqab, awak tak boleh melaser sesuka hati tau.. nanti org judge awak sama dgn org2 lain yg pakai niqab.. bukan abg larang... tp abg rasa awak berubah la step by step..
Isteri: Kalau macam tu, kita kena shopping la abg.... nk bli baju2 yg labuh, longgar dan berlengan panjang...
Suami: Abg dah tau dah akal awak tu... ok.. nanti kita pegi shopping yer.. :)
Isteri: Thank you abg... i love you...